• Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets

General Facts 

STPM Pengajian Am Semester 1 - Tanah Rizab Melayu

5/24/2022

0 Comments

 
​Tanah Rizab Melayu 
Peruntukan Tanah rizab melayu ada  disebut dalam perlembagaan.

Tanah rizab Melayu yang telah diambil untuk dibangunkan oleh kerajaan haruslah diganti. 

Tujuan wujudnya tanah rizab Melayu adalah disebabkan oleh kerajaan British yang ingin menjamin hak pemilikan tanah orang Melayu dibandar. Ini disebabkan oleh tindakan Inggeris ketika penjajahan di mana tanah orang Melayu telah diambil. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am Semester 1 - Bangsa Melayu

5/24/2022

0 Comments

 
​Bangsa Melayu 
Berdasarkan sejarah kewujudan pentas benua, bangsa Melayu merupakan penduduk tempatan yang membentuk kumpulan Melayu Nusantara. 

Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan memberi definsi orang Melayu sebagai: 
-beragama Islam 
-berketurunan Melayu 
-bertutur dalam bahasa Melayu 
-Mengamalkan adat dan budaya Melayu 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am Semester 1 - Bahasa Kebangsaan

5/24/2022

0 Comments

 
Bahasa Kebangsaan 
Bahasa Melayu merupakan Bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. 

Kedudukan Bahasa Melayu tidak boleh dipertikaikan dan tertakluk pada Akta Hasutan.
Namun, bahasa lain masih boleh dipelajari. 

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan. Penggunaan bahasa rasmi ini dikecualikan dalam: 
-perhubungan antarabangsa 
-nasihat perundangan
-latihan oleh pakar antarabangsa 
-kerja dan aktiviti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri 

Pindaan terhadap Bahasa Melayu hanya boleh dilakukan dengan mendapat persetujuan daripada Majlis Raja – Raja dan sokongan 2/3 daripada Ahli Parlimen. (Perkara 159(5))
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am Semester 1 - Agama bagi Persekutuan

5/24/2022

0 Comments

 
​Agama Bagi Persekutuan 
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama islam merupakan agama bagi Persekutuan Malaysia. 

Agama lain boleh diamalkan oleh penganutnya

Yang DiPertuan Agong adalah ketua agama di negeri baginda sendiri, Wilayah Persekutuan dan di negeri- negeri tidak beraja yang alin. 

Sultan / Raja mempunyai kuasa dan ketua agama di negeri masing – masing. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am Semester 1 -​Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak

5/24/2022

0 Comments

 
​Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak 
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyediakan beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Antara keistimewaan tersebut adalah: 
-peruntukan pembiayaian pendidikan 
-menyediakan kuota paa kadar  tertentu kepada orang Melayu dan bumiputera untuk mendapatkan tempat di institusi pendidikan 
-memberikan peluang kepada orang Melayu dan bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. 
-peruntukan jawatan dalam perkhidmatan awam.
-peruntukan kuota permit dan lessen bagi memberi peluang kepada kaum Melayu dan bumiputera terlibat dalam aktiviti perniagaan 
-peruntukan kuota seperti kuota pemberian kontrak perbekalan dalam perlaksanaan dasar-dasar kerajaan dan perakuan tanah rizab bagi kaum Melayu dan Bumiputera. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am Semester 1 - Penamatan Kewarganegaraan secara Pelucutan

5/24/2022

0 Comments

 
Penamatan Kewarganegaraan 
Penamaatan kewarganegaraan boleh dilakukan melalui :
-penolakan 
-pelucutan 

Pelucutan Taraf kewarganegaraan
Individu yang terlibat telah memperolehi kewarganegaraan asing 
-Kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan individu yang telah memperolehi kewarganegaraan asing. 
Kerajaan Persekutuan juga berhak melucutkan kewarganegaraan individu yang menggunakan hak warganegara asing yang tertentu yang diberikan secara khusus oleh negara tersebut kepada warganegara tersebut secara sukarela. 

Pelucutan Taraf kewarganegaraan yang diperolehi secara naturalisi  atau pendaftaran. Ini akan berlaku jika:
-berlaku kesilapan dalam proses pemberian kewarganegaraan.
-wujud penyembunyian fakta, penipuan atau kenyataan palsu. 
-tidak menunjukan sebarang bentuk kesetiaan kepada negara melalui perbuatan dan percakapan. 
-bersubahat dengan musuh dalam apa bentuk peperangan termasuk perang perdagangan. 
-dihukum penjara sekurang –kurangnya 12 bulan atau denda sekurang –kurangnya RM5000 dan gagal memperolehi pengampunan dalam tempoh 5 tahun mulai dari tarikh pendaftaran atau dari tarikh perakauan diberi. 
-memperolehi kewarganegaraan lain ( dwikewarganegaraan)
-perempuan asing bercerai dengan suami warganegara sebelum dua tahun tarikh perkahwinan
-bermaustatin di negara asing melebihi lima tahun secara berterusan dan tidak mendaftar di pejabat kedutaan Malaysia / Konsulat Malaysia di sana. 
-menjalankan tugas untuk kerajaan asing di luar persekutuan dengan mengangkat sumpah bagi tugasan terbabit. 


Kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan anak yang berumur kurang daripada 21 tahun bagi individu yang menamatkan atau melucutkan kewarganegaraan. 

Individu yang telah melucutkan atau melepaskan kewarganegaraan Malaysia boleh mendaftar semula kewarganegaraan sebagai warganegara Malaysia tetapi individu ini perlu mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu. 

Individu ini perlu memperolehi Permit Masuk dan taraf Pemastautin Tetap ( Permanent Resident) untuk melayakkannya membuat permohonan secara rasmi. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am - Penamatan Kewarganegaraan secara Penolakan Taraf Kewarganegaraan

5/24/2022

0 Comments

 
​Penamatan Kewarganegaraan 
Penamatan Kewarganegaraan boleh dilakukan melalui :
-penolakan 
-pelucutan 

Penolakan taraf kewarganegaraan.
Individu secara sukarela boleh menolak taraf kewarganegaraan Malaysia 
Syarat –syarat yang diperuntukan adalah :
-perlu berumur 21 tahun ke atas
-perempuan yang kurang daripada 21 tahun yang telah berkahwin walau bagaimanapun boleh menolak kewarganegaraan Malaysia. 
-seorang yang waras
-telah memperolehi kewarganegaraan asing 
-tidak berlaku semasa penglibatan Malaysia dalam mana –mana peperangan pada tarikh permohonan. 

​Individu yang telah melucutkan atau melepaskan kewarganegaraan Malaysia boleh mendaftar semula kewarganegaraan sebagai warganegara Malaysia tetapi individu ini perlu mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu. 

Individu ini perlu memperolehi Permit Masuk dan taraf Pemastautin Tetap ( Permanent Resident) untuk melayakkannya membuat permohonan secara rasmi. 

Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am Semester 1 - Kewarganegaraan Komanwel

5/24/2022

0 Comments

 
​Kewarganegaraan Komanwel 
Kewarganegaraan Komanwel merupakan taraf kewarganegaraan yang diwujudkan sejak penubuhan negara-negara komanwel. 
Setiap individu yang memliki kewarganegaraan Persekutuan berdasarkan Perkara 29 Perlembagaan akan memegang taraf kewarganegaraan komanwel bersama – sama warganegara negara-negara komanwel yang lain. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am Semester 1 -​Kewarganegaraan Secara Percantuman atau Penggabungan Wilayah

5/24/2022

0 Comments

 
​Kewarganegaraan Secara Percantuman atau Penggabungan Wilayah 
-Penetapan kewarganegaraan dibuat berasakan kuasa Parlimen 
-sesorang itu berasal dari wilayah baharu yang diterima masuk ke dalam Malaysia 
-contonhnya penggabungan wilayah Singapura, Sabah dan Sarawak Ke dalam Malaysia. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am Semester 1 -Perolehan kewarganegaraan Secara Naturalisasi atau Permohonan

5/24/2022

0 Comments

 
Perolehan kewarganegaraan Secara Naturalisasi atau Permohonan
-warganegara asing harus berumur 21 tahun ke atas.
-telah bermaustatin sekurang-kurangnya 10 daripada 12 tahun 
-mempunyai niat untuk bermaustaitin tetap
-pengetahuan Bahasa Melayu yang mencukupi 
-bebas daripad jenayah dan berkelakuan baik 
- melakukan angkat sumpah taat setia kepada Negara, Yang Di Pertuan Agong, dan akan menjadi warganegara yang sebenar, setia dan jujur 
Picture
0 Comments
<<Previous

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2022
    May 2022
    December 2021
    November 2021

    Categories

    All
    A Level Politics
    Pengajian Perniagaan
    Sejarah Dunia
    STPM Pengajian Am Semester 1
    STPM Pengajian Perniagaan Semester 1

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly
  • Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets