Pemilikan tanah Masyarakat Feudal England
Raja akan mengurniakan tanah kepada golongan bangsawan dan sebagai balasan golongan ini akan membekalkan tentera kepada Raja England. Tanah yang berada di bawah golongan bangsawan ini dikenali sebagai manor. Tanah ini akan diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang seturusnya dalam kalangan golongan bangsawan. Pada Zaman Pertengahan ini, masyarakat feudal amat mementingkan pemilikan tanah bagi menjamin sumber ekonomi mereka. Walau bagaimanapun, pada abad ke 16 dan abad ke 17, berlaku perubahan pada sistem ekonomi di England, di mana tumpuan lebih ke arah perindustrian dan ekonomi komersial.Raja England mengambil keputusan untuk mengukuhkan kedudukan dengan menguasai ekonomi kapitalis.
0 Comments
Knight di kalangan masyarakat feudal England
Siapakah knight? Knight memainkan peranan yang agak penting dalam bidang ketenteraan di England. Knight mempertahankan Raja England dan golongan bangsawan daripada ancaman musuh. Sebagai balasan mereka diberi tanah dan harta benda daripada raja dan golongan bangsawan. Walau bagaimanapun pada abad ke 16 dan ke 17, raja menubuhkan pasukan tentera untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh. Pasukan tentera ini berada di bawah kawalan raja dan terdiri daripada gologan petani dan rakyat biasa. Pengaruh serta kedudukan golongan knight semakin berkurang. Sejarah Dunia -Kemerosotan Kuasa dan Pengaruh Bangsawan dalam Masyarakat Feudal di England11/30/2021 Kemerosotan Kuasa dan Pengaruh Bangsawan dalam Masyarakat Feudal di England.
Kedudukan Raja England semakin kukuh dan mampu mengawal golongan bangsawan berikutan penglibatan dan perkembangan ekonomi kapitalis. Pengaruh dan kuasa golongan bangsawan yang merosot dapat dikawal oleh Raja England pada abad ke 16 dan ke 17. Impak daripada kemorosotan pengaruh bangsawan ini telah menyebabkan lahirnya jawatan pegawai-pegawai tadbir yang dipegang oleh rakyat biasa yang berwibawa, berkebolehan dalam bidang pentadbiran. Mereka membantu raja dalam menjalankan pentadbiran negara dan dibayar dengan gaji. Sejarah Dunia - Kedudukan Raja Dalam Masyarakat Feudal di England pada abad ke 16 dan ke 1711/30/2021 Kedudukan Raja dalam masyarakat feudal di England pada abad ke 16 dan ke 17.
Sistem pemerintahan monarki di England telah bermula sejak abad ke 16 dan ke 17. Raja mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam susun lapis masyarakat di England di mana raja mengamalkan kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Raja Henry VII sebagai contoh mengambil beberapa langkah bagi mengukuhkan kedudukannya baik daripada segi, politik, ekonomi dan perundangan. Raja Henry VII, dalam arena politik telah cuba mengurangkan kuasa parlimen dan parlimen harus mengikut segala perintah Raja Henry VII. Kuasa golongan bangsawan dan pembesar juga telah disekat dan amalan pemakaian pakaian khas oleh golongan bangsawan juga telah dimansuhkan. Dalam sektor ekonomi Raja Henry VII telah mengenakan cukai import dan eksport selain memperkenalkan tariff bagi melindungi industri tekstil dan kain kapas. Pendapatan perbendaharaan negara juga ditingkatkan. Majlis raja telah ditubuhkan oleh Raja Henry VII bagi mengawal keamanan dan keadilan. Majlis raja ini berperanan sebagai mahkamah. Walau bagaimanapun, perselishan telah berlaku antara raja iaitu Raja James I dan Raja Charles I serta Parlimen dalam pemerintahan dinasti Stuarts. Kedua –dua pihak mahu agar kedudukan masing – masing diperkukuhkan. Akhirnya parlimen memaksa Raja Charles I menandatangani Pengisytiharaan hak dengan harapan agar kuasa dan pengaruh raja disekat. Parlimen di England telah mengadakan persidangan khas pada 1628 dan membuat keputusan untuk memaksa Raja Charles I menandatangani Pengisytiharan Hak. Pengisytiharan Hak tersebut mengandungi syarat-syarat seperti pasukan tentera tidak boleh digunakan untuk kepentingan sendiri Raja England, Raja England tidak boleh menahan rakyat tanpa sebab yang munasabah dan kebenaran daripada Parlimen diperlukan bagi Raja England sebelum memungut cukai. Pemerintahan raja berperlembagaan kemudiannya diamalkan semasa pemerintahan Raja Charles II di mana kuasa raja tertakluk kepada undang – undang dan peraturan yang digubal oleh Parlimen. Istilah masyarakat feudal
Masyarakat feudal menerangkan susunan sosial masyarakat pada zaman Pertengahan di Eropah. Mac Bloch melalui karyanya Feudal Society menerangkan bahawa masyarakat feudal merupakan masyarakat berhieriaki dengan struktur susun lapisan yang tersendiri. Penguasaan terhadap tanah sering dikaitkan dengan kuasa, kedudukan dan status setiap lapisan masyarakat. Ini dapat diterjemaahkan melalui hubungan antara tuan tanah (lord) dan pemegang tanah (vassal) yang berasaskan ikatan perjanjian kontrak. Lord dan vassal akan saling bertanggungjawab menjaga kepentingan bersama melalui ikatan perjanjian kontrak di mana, lord memberi perlindungan manakala vassal memberi perkhidmatan ketenteraan. Rumusan berkaitan masyarakat feudal
Masyarakat feudal muncul di Eropah pada zaman pertengahan awal dan mula berkembang ke benua eropah yang lain pada akhir abad ke 14. Pemerintahan William the Conqueror / William si penakluk (1028-1087) telah memperkenalkan konsep masyarakat feudal yang sistematik dan teratur di England. Perkembangan ekonomi yang pesat dan kemunculan negara bangsa menyebabkan berlakunya perubahan pada kedudukan dan peranan masyarakat feudal di England. Di Jepun, perkembangan masyarakat feudal bermula pada zaman Kamakura hingga zaman Sengoku Jidal. Feudalisme mencapai kemuncak di Jepun pada zaman Shogun Tokugawa (1603-1867). |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|