• Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets

General Facts 

​STPM Pengajian Perniagaan Semester 1 - Kepentingan Keuntungan Kepada Negara

5/20/2022

0 Comments

 
​Kepentingan Keuntungan Kepada Negara 
1)
Dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai keuntungan kepada kerajaan. 
2) 
Perniagaan yang menguntungkan akan berkembang dengan ini pada masa yang sama dapat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan. 
3)
Ekonomi negara akan terus bercambah melalui pertumbuhan dan perkembangan perniagaan. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Perniagaan Semester 1 - Kepentingan Untung Kepada Perniagaan

5/20/2022

0 Comments

 
Kepentingan Untung Kepada Perniagaan 

Kebolehan menjana keuntungan merupakan perkara yang agak penting kepada perniagaan. Keuntungan melambangkan : 

1)
Kejayaan sesebuah perniagaan 
Keuntungan melambangkan tadbir urus perniagaan yang baik. 

2)
Sumber modal
Keuntungan sesebuah perniagaan boleh menjadi sumber modal untuk mengembangkan perniagaan. 

Bagi syarikat, keuntungan yang dijana boleh dijadikan untung tertahan di mana untung tidak dibahagikan kepada pemegang saham tetapi digunakan untuk mengembangkan perniagaan. Pemegang saham hanya akan mendapat dividen pada jumlah yang kecil. 

3)
Ganjaran 
Pulangan keuntungan yang tinggi merupakan ganjaran kepada pemilik atau pemegang saham sesuatu perniagaan. 

Ganjaran ini dapat dilihat melalui pemberian dividen yang tinggi kepada pemegang saham. 

4)
Meningkatan Keyakinan Pelabur 
Keutungan yang tinggi akan memberi pulangan dividen  yang banyak kepada pemegang saham. Ini akan menarik lebih ramai pelabur untuk melabur atau membeli saham sesebuah syarikat  dengan harapan pulangan dividen yang tinggi. 
 
5)
Meningkatkan imej perniagaan 

Keuntungan yang tinggi melambangangkan tadbir urus perniagaan yang baik. Dengan itu imej perniagaan dapat ditingkatkan lagi di mata masyarakat. 

Pada masa yang sama lebih banyak aktiviti berbentuk tanggungjawab sosial korporat dapat dilaksanakan ke atas masyarakat . Tanggungjawab sosial korporat atau CSR  ini dapat mewujudkan lagi persepsi yang baik oleh masyarakat terhadap perniagaan. 




Picture
0 Comments

STPM Pengajian Perniagaan Semester 1 - Keuntungan Dalam Perniagaan

5/20/2022

0 Comments

 
​Keuntugan Dalam Perniagaan 

Apakah itu untung? Sabri Hussin (2002) mengatakan untung sebagai penghargaan yang diterima sesebuah perniagaan ekoran pengeluaran baragan dan perkhidmatan. 

Untung diperolehi apabila jumlah hasil pulangan perniagaan melebihi perbelanjaan  lain yang terlibat dalam perniagaan. 

Untung merupakan pulangan perniagaan kepada pemilik daripada aktiviti perniagaan. 

Definisi untung juga merangkumi baki pendapatan atau hasil yang diperoleh daripada pelbagai sumber perniagaan setelah ditolak segala perbelanjaan atau kos perniagaan. 

Keuntungan dapat dibahagikan kepada dua iaitu keuntungan kasar dan keuntungan bersih. 

Untung kasar adalah untung yang diperolehi apabila kos jualan ditolak daripada hasil jualan tanpa mengambil kira kos perniagaan. 

Untung kasar = jualan – kos barang dijual. 

Untung bersih adalah apabila untung kasar ditolak dengan semua perbelanjaan. 

Untung bersih =untung kasar – perbelanjaan.

Kerugian adalah apabila jumlah pendapatan atau hasil daripada pelbagai sumber perniagaan adalah kurang daripada jumlah kos perniagaan. 


Hasil sesuatu perniagaan merangkumi:
-jualan
-komisen 
-dividen
-faedah
-sewa 

Kos sesuatu perniagaan terdiri daripada: 
-kos belian
-gaji pekerja 
-kos pengangkutan 
-kos pentadbiran 
-belanja air, elektrik 

Setiap jenis perniagaan mempunyai jenis, kadar dan pembahagian untung yang berbeza. 

Perniagaan milikan tunggal akan memperolehi segala keuntugan. 

Pekongsi dalam perniagaan perkongsian akan mendapat agihan keuntungan mengikut nisbah keuntungan yang dipersetujui. 

Pemegang saham syarikat akan mendapat keuntungan dalam bentuk dividen.





Picture
0 Comments

STPM Pengajian Perniagaan Semester 1 -​Perbezaan antara Organisasi Perniagaan dan Organisasi Bukan Perniagaan

5/20/2022

0 Comments

 
​Perbezaan antara Organisasi Perniagaan dan Organisasi Bukan Perniagaan 

Terdapat beberapa perbezaan antara organisasi perniagaan dan organisasi bukan perniagaan. 

1)
Daripada Segi matlamat / objektif penubuhan organisasi
Organisasi perniagaan mempunyai matlamat untuk memaksimumkan keuntungan. 

Organisasi bukan perniagaan bertujuan untuk mencapai matlamat yang tidak berunsur kewangan / keuntungan semata-mata. Ia meliputi keinginan sebagai contohnya untuk menjaga kebajikan ahli – ahli sesebuah organisasi. 


2)
Daripada segi aktiviti sesebuah organisasi
Organisasi perniagaan menjalankan aktiviti berunsur pengeluaran dan perkhidmatan. 
Organisasi bukan perniagaan lebih menjurus kepada aktiviti yang agak spesifik dan bergantung kepada matlamat sesebuah organisasi. Sebagai contoh, organisasi rumah kebajikan lebih tertumpu kepada menjaga kebajikan penghuninya. 

3)
Daripada segi pengurusan
Organisasi perniagaan diuruskan oleh pemilik sesebuah organisasi manakala organisasi bukan perniagaan selalunya diuruskan melalui oleh ahli – ahli yang dipilih melalui undian demokrasi. 

4)
Daripada segi kewangan 
Organisasi perniagaan mendapat sumber kewangan daripada modal perniagaan, pinjaman wang ataupun keuntungan daripada aktiviti perniagaan. 

Manakala, organisasi bukan perniagaan mendapat sumber kewangan daripada kutipan yuran keahlian, penajaan pihak lain, peruntukan kerajaan atau derma daripada orang ramai. 

5)
Daripada segi Perundangan
Organisasi Perniagaan ditubuhkan berasaskan lunas – lunas undang –undang seperti Syarikat di bawah Akta Syarikat 2016, koperasi di bawah Akta Koperasi 1995 dan perkongsian di bawah Akta Perkongsian 1961.

Organisasi bukan perniagaan di bawah Akta Pertubuhan 1966. 




Picture
0 Comments

STPM Pengajian Perniagaan Semester 1 - Organisasi Bukan Perniagaan

5/20/2022

0 Comments

 
​Organisasi Bukan Perniagaan 

Sabri Hussin ( 2002) telah menyatakan bahawa organisasi bukan perniagaan megeluarkan produk dan perkhidmatan tanap memikirkan keuntungan kepada masyarakat. 

Organisasi bukan perniagaan meliputi persatuan, kelab, atau NGO ( organisasi bukan kerajaan)

Organisasi bukan perniagaan menjurus kepada organisasi yang ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti – aktiviti yang tidak bermotifkan keuntungan tetapi lebih kepada perkhidmatan kepada ahli. 

Organisasi ditubuhkan selalunya bergantung kepada jenis dan aktiviti yang dijalankan oleh setiap organisasi. 

Sebagai contoh, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA ditubuhkan untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai hal – hal yang berkaitan dengan kepenggunaan. 
Picture
0 Comments

STPM  Pengajian Perniagaan Semester 1 - Organisasi Perniagaan

5/19/2022

0 Comments

 
Perniagaan 
Organisasi boleh dibahagikan kepada perniagaan dan bukan perniagaan 

Perniagaan merujuk kepada organisasi yang melakukan aktiviti. Aktiviti ini melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dan pemblei pada sesuatu masa, harga dan kuantiti tertentu bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna dan pada masa yang sama memaksiumkan keuntungan perniagaan.

Sabri Hussin (2002) telah menegaskan bahawa perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan pengeluaran dna penjualan produk yang dikehendaki pengguna dan berlandaskan motif keuntugan. 

Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada dua iaitu aktiviti berasaskan pengeluaran dan aktiviti berasakan perkhidmatan. 

Aktiviti berasakan pengeluaran adalah aktiviti yang meliputi penggunaan factor – factor pengeluaran untuk menghasilkan barang untuk dijual. 

Aktiviti berasakan perkhidmatan merupakan aktiviti penawaran barang tidak nyata yang memberi keselesaan, kepuasan dan kecekapan kepada pengguna. 

Terdapat lima konsep asas perniagaan. 

1)Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan atau diberi oleh sesebuah perniagaan. 

2)Keutungan perniagaan apabila hasil jualan melebihi kos. 

3)Penjual dan Pembeli yang melibatkan diri dalam pasaran urus niaga. 

4)Pertukaran nilai di mana peniaga menghasilkan produk dan pengguna membeli produk di pasaran.

5)Memuaskan kehedak dan keperluan pengguna melalui produk yang berkualiti yang setimpal dengan nilai yang dibayar oleh pengguna. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Perniagaan Semester 1 - Kawalan

5/18/2022

0 Comments

 
​Kawalan 

Antara bentuk kawalan dalam sesebuah organisasi adalah kawalan kualiti, kawalan kewangan, kawalan disiplin dan kawalan kuantiti. 

Tujuan kawalan diperkenalkan adalah untuk memastikan kelancaran aktiviti sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat atau objektif  yang dirancang. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Perniagaan Semester 1 - Aktiviti

5/18/2022

0 Comments

 
​Aktiviti 
Setiap organisasi mempunyai aktiviti yang dikhususkan untuk dijalankan. 

Sebagai contoh dalam sesebuah organisasi terdapat aktiviti pengeluaran yang terlibat dalam perancangan dan pengumpulan bahan mentah, pemprosesan, pengeluaran, pengawalan kualiti dan pengurusan inventori. 

Terdapat juga aktiviti pemasaran dan penjualan yang terlibat dalam, penyelidikan pemasaran, promosi, pengiklanan dan lain lain lagi. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Perniagaan Semester 1 - Struktur Organisasi

5/18/2022

0 Comments

 
Setiap organisasi mempunyai struktur yang tersendiri. 
Struktur ini terdiri daripada pengagihan tugas dalam sesebuah organisasi.
Tugas dibahagikan mengikut bidang pengkhususan, jabatan ataupun jawatan, 
Sebagai contoh, sestengah individu merupakan pengurus dalam sesebuah organisasi
Sestengah lagi merupakan pekerja yang dikhususan untuk terlibat dalam bidang pemasaran. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Perniagaan Semester 1 - Matlamat dan Objektif

5/18/2022

0 Comments

 
Setiap organisasi perlu mempunyai matlamat dan objektif. 
Matlamat dan objektif ini adalah matlamat / objektif jangka pendek atau matlamat / objektif jangka panjang. 
Perlunya matlamat dan objektif yang jelas dan tepat adalah kerana ia akan membantu pertumbuhan organisasi agar sentiasa berada pada landasan yang betul dan seiring dengan perkembangan semasa. 
Picture
0 Comments
<<Previous

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2022
    May 2022
    December 2021
    November 2021

    Categories

    All
    A Level Politics
    Pengajian Perniagaan
    Sejarah Dunia
    STPM Pengajian Am Semester 1
    STPM Pengajian Perniagaan Semester 1

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly
  • Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets