• Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets

General Facts 

​SPTM Pengajian Am Semester 1 – Persidangan Parlimen

6/21/2022

0 Comments

 
​SPTM Pengajian Am Semester 1 – Persidangan Parlimen 

Persidangan Parlimen juga dikenali sebagai Majlis Parlimen. 

Persidangan Parlimen akan bejalan dari tarikh pertama persidangan selepas pilihan raya umum. 

Persidangan Parlimen dibuka secara rasmi oleh Yang Dipertuan Agong.

Persidangan Parlimen akan dipengerusikan oleh Yang DiPertua Dewan ( Speaker ) atau Timbalan Yang Dipertua Dewan / timbalan Speaker juga Speaker tiada. 

Sebarang usaha ahli Parlimen untuk mengelirukan atau memberi fakta salah pada siding Parlimen akan menyebabkan ahli Parlimen ini dirujuk keapda Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. 
Setelah disabitkan kesalahan mereka boleh dihukum seperti digantung menyertai persidangan Majlis Parlimen untuk satu tempoh. 
Terdapat dua jenis persidangan Parlimen iaitu:
-Persidangan Dewan Rakyat 
-Persidgangan Dewan Negara 

Setelah mencapai genap lima tahun, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya. 60 hari selepas parlimen terbubar merupakan tempoh masa di mana, Pilihan raya umum bagi memilih ahli – ahli Dewan Rakyat harus diadakan. 

120 Hari selepas Parlimen terbubar merupakan tempoh masa untuk mengadakan persidangan Parlimen yang pertama. 

Pembahasan titah ucapan Yang DiPertuan Agon dan Mesyuarat Belanjawan Tahunan merupakan antara perkara yang termaktub dalam persidangan Parlimen. 

Titah ucapan Yang Dipertuan Agong akan memberi tumpuan pada dasar-dasar kerajaan yang bakal dilaksanakan manakala mesyuarat belanjawan akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan. 

Perkara – perkara yang menyebabkan terhentinya persidangan Parlimen adalah terbubarnya Parlimen, proklamasi darurat dan atas titah Yang DiPetuan Agong. 

Parlimen tidak harus dibiarkan terhenti melebihi 180 hari atau enam bulan. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am Semester 1 – Fungsi dan Peranan Parlimen

6/21/2022

0 Comments

 
​STPM Pengajian Am Semester 1 – Fungsi dan Peranan Parlimen 
Parlimen berfungsi untuk membahaskan isu-isu rakyat, meluluskan belanjawan negara, menyemak dan memeriksa dasar- dasar kerajaan dan meminda serta meluluskan undang – undang. 

Parlimen juga berfungsi untuk menggubal undang –undang iaitu rang undang –undang kerajaan. 

Terdapat dua jenis rang undang – undang kerajaan iaitu rang undang – undang biasa dan rang undang – undang kewangan perbekalan. 


Picture
0 Comments

​STPM Pengajian Am Semester 1 – Kelebihan Parlimen

6/21/2022

0 Comments

 
​STPM Pengajian Am Semester 1 – Kelebihan Parlimen 
Parlimen mempunyai keistimewaan yang tersendiri di mana ahli Parlimen adalah bebas daripada dakwaan mahkamah melalui apa- apa yang diperkatakan, undian atau perkara yang disiarkan oleh beliau di Parlimen. 
Namun, ahli Parlimen masih boleh didakwa di mahkamah melalui kenyataan – kenyataan yang dibuat di luar Dewan, kenyataan dalam Dewan yang tertakluk pada Akta Hasutan 1948 atau berkaitan tentang isu kedudukan Yang Dipertuan Agong. 
Picture
0 Comments

​STPM Pengajian Am Semester 1 – Pengenalan Kepada Parlimen

6/18/2022

0 Comments

 
​Pengenalan Kepada Parlimen 

Di Malaysia, kuasa perundangan terbahagi kepada dua iaitu: 
-perundangan persekutuan 
-perudangan negeri. 

Di Malaysia Parlimen dikenali sebagai badan Perundangan Persekutuan. 

Parlimen terdiri daripada Yang di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat  dan akan bersidang antara 3 hingga 4 kali setahun. 

Setiap Ahli Parlimen perlu mengangkat sumpah taat setia, menyimpan rahsia dan memgang jawatan kepada Yang Di Pertuan Agong. 

Saraan ahli Parlimen ditentukan oleh ahlI Parlimen sendiri dan wang saraan akan dibayar oleh kumpulan wang disatukan
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am Semester 1 -Undang - Undang Tidak Bertulis

6/18/2022

0 Comments

 
​STPM Pengajian Am Semester 1 – Undang – Undang Tidak Bertulis 
Undang – Undang tidak Bertulis merupakan undang – undang yang diamalkan oleh masyarakat dan tidak digubal oleh Parlimen atau mana – mana badan perundangan dengan kuasa khas. 

Contoh – contoh undang – undang tidak bertulis adalah: 
-undang – undang adat 
-undang – undang Islam 
-undang – undang inggeris 
-keputusan mahkamah 

Undang – undang adat adalah undang – undang seperti adat perpatih atau adat temenggung yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain. 

Undang – undang Islam dipraktikan oleh dan kepada orang – orang muslim sahaja. 

Undang – undang Islam diselia dan ditadbir berdasarkan Enakmen dan Ordinan pentadbiran Agama Islam Negeri di bawah Majlis Agama Islam dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Sumber Undang –Undang Islam meliputi Al – Quran, Sunnah, ijma dan qias. 

Melalui Akta Undang – Undang Sivil 1956, Undang – undang Inggeris boleh diterima pakai di Malaysia untuk perkara –perkara yang tidak termaktub dalam undang – undang tempatan. 

Keputusan mahkamah juga boleh dikira sebagai sumber undang –undang di Malaysia. 
Picture
0 Comments

​STPM Pengajian Am Semester 1 – Undang – Undang Bertulis Di Malaysia

6/18/2022

0 Comments

 
​STPM Pengajian Am Semester 1 – Undang – Undang Bertulis Di Malaysia 

Apakah yang dimaksudkan dengan undang – undang bertulis? 
Undang – undang bertulis merupakan undang –undang yang digubal oleh Parlimen atau badan khas yang terlibat dalam proses penggubalan undang – undang. 

Antara Undang – Undang Bertulis di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan, akta Parlimen, enakmen, ordinan dan Perundangan Subsidiari. 

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang – undang tertinggi di Malaysia yang menjadi sumber rujukan apabila undang – undang lain ingin digubal di Malaysia. 

Akta Parlimen merupakan undang – undang yang dibahas dan digubal di Parlimen. Undang -  undang ini digubal bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Antara contoh Akta Parlimen adalah Akta Kontrak 1950. 

Enakmen merupakan undang – undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia seperti Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. 

Ordinan merupakan undang – undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak seperti Ordinan Buruh Sabah 

Perudangan subsidiari merupakan undang – undang yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan atau menteri seperti Undang – Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan. 
Picture
0 Comments

​STPM Pengajian Am Semester 1 – Sistem Perundangan di Malaysia

6/18/2022

0 Comments

 
​STPM Pengajian Am Semester 1 – Sistem Perundangan di Malaysia 

Terdapat dua kategori kaedah Perundangan Di Malaysia 
1)Badan Perundangan Persekutuan 
2)Badan Perundangan Negeri 

Badan Perundangan Persekutuan adalah Parlimen 
Badan Perundangan Negeri adalah Dewan Undangan Negeri

Jadual Kesembilan dalam senarai Perundangan pada Perlembagaan Persekutuan memberi maklumat berkaitan Penggubalan Undang – Undang 

Terdapat dua jenis undang – undang di Malaysia 
-undang – undang bertulis 
-undang- undang tidak bertulis 

Undang – Undang Bertulis meliputi perlembagaan, akta Parlimen, enakmen, ordinan dan perundangan subsidiary

-Undang – Undang tidak bertulis merangkumi undang – undang Islam, undang – undang adat, undang – undang Inggeris dan keputusan Mahkamah. 
Picture
0 Comments

​STPM Pengajian Am Semester 1 – Perlembagaan Negeri

6/18/2022

0 Comments

 
​STPM Pengajian Am Semester 1 – Perlembagaan Negeri 
Undang – Undang Tubuh Negeri merupakan Perlembagaan Negeri. 
Undang – Undang Negeri memberi senarai bidang kuasa institusi utama seperti ketua negeri, kaedah pentadbiran negeri dan badan perundangan negeri. 
Picture
0 Comments

​STPM Pengajian Am Semester 1 – Kaedah Pindaan Perlembagaan Persekutuan

6/18/2022

0 Comments

 
​STPM Pengajian Am Semester 1 – Kaedah Pindaan Perlembagaan Persekutuan 

Bagi Perkara – Perkara yang berkaitan dengan kewarganegaraan, hak –hak istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, kepentingan kaum – kaium lain, hak dan kedaulatan sultan / raja.bidang kuasa Raja – Raja Melayu, hal – ehwal Islam, kedudukan bahasa kebangsaan, keistimewaan Parlimen dan persempadanan antara negeri pindaan adalah melalui sokongan 2/3 daripada ahli Majlis Parlimen dan sokongan daripada Majlis  Raja –Raja diperlukan. 

Bagi Perkara – Perkara yang berkaitan tentang hak – hak adat bumiputera, hal ehwal tanah, bidang kuasa imegresen dan kedudukan perkhidmatan negeri, sokongan 2/3 daripada ahli – ahli Majlis Parlimen dan persetujuan daripada Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak. 

Bagi Perkara – Perkara yang berkaitan dengan pemilihan ahli – ahli Dewan Negara, bentuk sumpah dan ikrar serta peruntukan tambahan berkaitan dengan kewarganegaraan majoriti mudah Dewan atau ahli Parlimen. 
Picture
0 Comments

STPM Pengajian Am Semester 1 – Pindaan Perlembagaan Persekutuan

6/16/2022

0 Comments

 
STPM Pengajian Am Semester 1 – Pindaan Perlembagaan Persekutuan 

Tujuan Perlembagaan Persekutuan dipinda adalah : 
-menyesuaikan dengan keaddan dan perkembangan semasa 
-proses penambah baikan undang – undang sedia ada 
-memenuhi keperluan dan kehendak rakyat 
-meningkatkan kecekapan pentadbiran negara.

Terdapat tiga cara di mana Perlembagaan Persekutuan boleh dipindah di Parlimen:
​-menambah baik peruntukan undang – undang sedia ada
-memansuhkan peruntukan undang – undang sedia ada
-memperkenalkan peruntukan undang – undang yang baharu
 

Picture
0 Comments
<<Previous
Forward>>

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2022
    May 2022
    December 2021
    November 2021

    Categories

    All
    A Level Politics
    Pengajian Perniagaan
    Sejarah Dunia
    STPM Pengajian Am Semester 1
    STPM Pengajian Perniagaan Semester 1

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly
  • Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets