• Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets

Kembara's financial solutions

SPM - Pengenalan Kepada Ekonomi - Sistem Ekonomi Islam

4/16/2023

0 Comments

 
SPM - Pengenalan Kepada Ekonomi - Sistem Ekonomi Islam 
Diamalkan di negara Arab Saudi. 

Tunjang asas kepada ekonomi Islam adalah bagi memastikan pihak kerajaan, pihak swasta memastikan aktiviti ekonomi dijalankan denngan adil, saksama, lancar dan produktif. 

Kepentingan awam merupakan pekara yang penting dan dengan ini kerajaan akan menghasilkan barangan awam untuk tujuan kebajikan. Selain itu individu yang cukup syarat dikehendaki membayar zakat. 

Kerajaan akan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang – undang Islam. Persaingan yang sihat adalah digalakkan. Milikan kekayaan oleh pihak swasta dan individu tidak dihalang melainkan ia bertentangan dengan hukum Islam. 

Sistem Ekonomi Islam adalah ekonomi campuran yang berlandaskan Al Quran dan Syariat Islam di mana segala aktiviti dan keputusan ekonomi adalah berlandaskan syariat Islam. 

Tujuan utama ekonomi Islam adalah untuk mencapai Al Falah. Segala aktiviti haruslah berlandaskan syariat Islam. Ekonomi Islam adalah sebahagian daripada kesuluruhan sistem hidup Islam. 

Adalah diharamkan untuk menjalani aktiviti seperti perjudian,pengambilan riba, dan penipuan. 
Picture
0 Comments

SPM - Pengenalan Kepada Ekonomi - ​Sistem Ekonomi Campuran

4/16/2023

0 Comments

 
SPM - Pengenalan Kepada Ekonomi - ​Sistem Ekonomi Campuran 
Malaysia merupakan negara di mana sistem ekonomi campuran diperkenalkan. 

Dalam Sistem Ekonomi Campuran, kerajaan hanya akan campur tangan apabila berlakunya penyelewengan serta ketidakdilan dalam sebarang bentuk aktiviti ekonomi. 

Kerajaan akan campur tangan dengan mengawal harga barang dan perkhidmatan, merapatkan jurang pendapatan rakyat, menyediakan barangan awam, melaksanakan program ekonomi awam dengan matlamata untuk menstabilkan ekonomi. 

Walau bagaimanapun, pengeluar dan pengguna masih bebas dalam memilih factor pengeluaran jika tiada sebarang unsur ketidakadilan ekonomi dalam penghasilan barang atau penyediaan perkhidmatan. 
Kerajaan akan mengambil bahagian dalam sektor ekonomi dengan memaksimumkan kebajikan rakyat dengan menyediakan barangan atau perkhidmatan awam. 

Keputusan ekonomi berada pada pengguna dan pengeluar dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. 

Pengeluar dapat bersaing bagi memilih dan memastikan penghasilan barang atau perkhidmatan yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan. Pengguna bebas memilih pengeluaran barang dan perkhidmatan.
Selain bebas memilih teknik serta kaedah pengeluaran yang cekap dan efektif dalam memberi perkhidmatan atau menghasilkan barang secara berintensifkan buruh atau modal. 

Pengguna bebas menentukan dan memilih  jenis barangan atau perkhidmatan yang diperlukan bagi memaksimumkan kepuasan. 

Walau bagaimanapun, kebebasan pengeluar dan pengguna ini dikawal oleh kerajaan berlandaskan undang – undang dan peraturan. 

Penyelesaian Masalah Ekonomi Bagi Sistem Ekonomi Campuran 

Apa yang hendak dikeluarkan? 
Ia bergantung kepada gabungan kuasa pihak kerajaan dan mekanisme pasaran. 
Pihak kerajaan akan menyediakan barangan atau perkhidmatan dengan harapan dapat menjamin kebajikan rakyat.(barangan awam) 

Pihak pengguna bebas menentukan dan memilih barang dan perkhidmatan dengan harapan memaksimumkan kepuasan pengguna.( barangan ekonomi) 

Pihak pengeluar bebas dalam memilih barangan atau perkhidmatan yang ingin diberi dengan harapan dapat meminimukan kos serta memaksimumkan keuntungan 
(barangan ekonomi) 


Bagaimana hendak dikeluarkan? 

Pihak kerajaan akan memilih teknik pengeluaran barangan awam dengan harapan agara kebajikan rakyat dapat dijaga. 

Pihak pengeluar akan memlih teknik pengeluaran yang efektif agar dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran bagi barangan ekonomi. 

Berapa yang hendak dikeluarkan? 
Kerajaan akan menentukan jumlah barangan awam yang hendak dikeluarkan bersandarkan keperluan rakyat. 

Pengeluaran barangan ekonomi ditentukan melalui mekanisme pasaran di mana wujudnya interaksi antara permintaan dan penawaran di pasaran. 

Untuk Siapa Dikeluarkan? 
Berdasarakn corak agihan pendapatan wang bagi barangan ekonomi. Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan sebaliknya bagi mereka yang berpendapatan rendah. 

Pihak kerajaan akan memperkenalkan subsidi atau cukai dalam agihan barangan ekonomi. 

Bagi barangan awam yang ditentukan oleh pihak kerajaan. Barangan ini akan diagihkan berasaskan kehendak masyarakat secara adil dan saksama. 
Picture
0 Comments

    Author

    Anything you need to know about finance, money and business

    Archives

    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    August 2022
    July 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    October 2021
    August 2021

    Categories

    All
    Acquisition
    Business And Finance Dictionary
    Introduction To Financial Services
    Investment
    Investment Management And Corporate Finance
    Islamic Finance
    Mergers And Acquisitions
    Private Companies
    Public Companies
    Securities And Investment
    SPM Ekonomi Pengenalan Kepada Ekonomi
    Technical Analysis

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly
  • Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets