Sejarah Malaysia -Penempatan awal di Malaysia
Secara amnya tahap - tahap zaman prasejarah dapat dibahagikan kepada Zaman Paleolitik ( 40 000 tahun dahulu) , Zaman Mesolitik ( 10 000 tahun dahulu), Zaman Neolitik ( 5000 tahun dahulu) dan Zaman logam( 2500 tahun dahulu). Ini diikuti pula oleh zaman proto sejarah di mana tamdaun di tanah air berkembang peast sejak sebelum masihi sehingga sepuluh abad yang pertama. Penemuan arkeologi di beberapa kawasan di Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak telah membuktikan bahawa manusia telah mendiami kawasan sejak zaman prasejarah lagi. Antara kawasan -kawasan di Malaysia yang merupakan tapak - tapak prasejarah adalah Lembah Bernam dan Jenderam Hilir, Selangor, Gua Kecil dan Sungai Lembing, Pahang, Gua Cha, Kelantan, Kota Tampan, Perak, Tingkayu dna Gua Madai, Sabah dan Gua Niah, Sarawak,
0 Comments
STPM-Pengajian Am Semester 1 – Malaysia Kekal Berdaulat - Reaksi Singapura terhadap Pembentukan Gagasan Malaysia
Pembentukan gagasan Malaysia diharapakn dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura. Selain itu ekonomi Singapura dijangka akan berkembang dengan lebih pesat melalui gabungan gagasan Malaysia. Lee Kuan Yew yang merupakan Ketua Menteri Singapura amat menyokong pembentukan gagasan Malaysia kerana ini akan mengukuhkan penguasaan parti PETIR di Singapura di samping menyekat pengaruh komunis di Singapura. Satu pungutan suara telah diadakan pada 1 Septembet 1962 oleh Lee Kuan Yew bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura berkaitan penyertaan Singapura dalam gagasan Malaysia. Hasil pungutan suara ini menunjukkan bahawa 71.1% rakyat Singapura menyokong penyertaan Singapura dalam Malaysia dan penubuhan Malaysia. Walau bagaimanapun, Parti Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan Malaysia ini. Singapura berharap agar mendapat 15 kerusi Parlimen dalam Parlimen Malaysia. Selain itu , Singapura turut mempunyai kuasa autonomi dalam bidang berkaitan dengan pendidikan, kewangan dan perburuhan. Taraf pelabuhan bebas Singapura juga harp dikekalkan melalui penyertaan dalam gagasan Malaysia. SPTM – Pengajian Am Semester 1 – Malaysia Kekal Berdaulat – Pembentukan Negara Malaysia
Pada mulanya Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan Tanah Melayu telah membuka satu lembaran baru kepada idea pembentukan Malaysia melalui gabungan antara Sabah, Sarawak dan juga Brunei. Cadangn Tunaku Abdul Rahman ini ditolak oleh pihak British disebabkan oleh tiadanya pernyetaan Singapura. Lee Kuan Yew iaitu Ketua Menteri Singapura turut berharap agar dapat menyertai Malaysia kerana diharapkan penubuhan Malaysia dapat digunakan untuk menyekat pengaruh komunis di Siangapura yang semakin berkembang. DI Singapura, pihak komunis telah mengadakan mogok yang bertukar menjadi rusuhan di sebuah syarikat bas. Pengaruh pihak komunis juga semakin meluas apabila merampas pucuk pimpinan Parti tindakan rakyat ( PETIR) yang menguasai Singapuara sejak tahun 1959 dibawah Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew juga telah berusaha untuk mengusir golongan berhaluan kiri dalam PETIR. PETIR kalah dalam pilihan raya kecil 1961 yang melibatkan pilihan raya Anson dan Hong Lim. Satu Parti yang mempunyai ideologi komunis telah ditubuhkan iatu Barisan Sosialis di bawah Lim Chin Siong. Penubuhan gagasan Malaysia ini diharapkan dapat mengekang kemaraan komunis. Pengaruh komunis turut melebarkan sayapnya dalam scenario politik di Sarawak. Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau SUPP telah dipengaruhi oleh komunis dan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut merupakan parti Komunis yang dibubarkan ketika Darurat. Terdapat juga pertubuhan komunis sulit yang bergerak melalui kesatuan sekerja, petani dan pelajar iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak yang berfungsi untuk menghasut masyarakat Cina agar menentang Komunis. Pembentukan gagasan Malaysia diharapkan agar dapat mencegah pengaruh komunis ini. Pihak British turut menjanjikan kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura melalui gabungan bersama - sama dengan Persekutuan Tanah Melayu dalam gagasan Malaysia. Gagasan Malaysia ini diharapkan dapat menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah - wilayah ini daripada kuasa luar dan menamatkan penjajahan British. Keseimbangan ekonomi turut memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia. Keadaan ekonomi di Sabah dan Sarawak adalah kurang maju jika dibandingkan dengan Malaysia, Brunei dan Singapura. Pembentukan gagasan Malaysia diharapkan agar dapat mewujudkan kerjasama antara kelima – lima negara ini dalam memajukan ekonomi dan menikmati kemakmuran ekonomi bersama. Gagasan Malaysia juga diharapakn dapat menyeimbangi jumlah penduduk. Pengabungan Sabah, Sarawak, Brunei dan TanaH Melayu diharapkan dapat memberi faedah dari segi komposisi penduduk. Pengabungan dengan Singapura sahaja akan menyebabkan ketidak seimbangan kaum keran majority penduduk Singapura berbangsa Cina. Keseimbagan dapat dicapai melalui gabungan antara Sabah, Sarawak dan Brunei yang rata- ratanya bumiputera. Dengan ini pada 23 Julai 1961 satu Jawatan kuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum atau ( JPPK) yang berfungsi untuk mendapatkan maklumat/ respon daripada orang ramai dan memberi penerangan kepada orang ramai tentang pembentukan Malaysia. Pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK) telah membincangkan isu berkaitan hak dan kepentingan masyarakat Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia dan kewajaran Sabah dan Sarawak dalam menyertai Malaysia Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah berkaitan tentang penubuhan Malaysia dan membuat laporan dan cadangan kepada pihak British. Perjanjian Malaysia ditandatangai di London pada 9 Julai 1963 di Malborough House. Akhirnya pada 16 September 1963, negara Malaysia Berjaya ditubuhkan secara rasminya. Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. STPM- Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat - Kerajaan Persekutuan dan Pengagihan Kuasa di Malaysia
Doktrin pengagihan kuasa merupakan konsep yang diamalkan oleh kerajaan persekutuan di Malaysia . Pengagihan ini dapat dilihat melalui wujudnya kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta wujudnya badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif. Tujuan perlunya konsep pengagihan kuasa ini adalah untuk mengelakkan berlakunya pertindihan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri dan juga antara badan kehakiman, perundangan dan eksekutif. Keberangkalian untuk berlakunya campur tangan dan pemusatan kuasa juga dapat dielakkan apabila kuasa diagihkan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan antara badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif.Setiap badan dan kerajaan sama ada pusat dan negeri juga akan menjalankan tugas dan kuasa berlandaskan apa yang termaktub di dalam perlembaagaan. Setiap tugasan dan amanat dapat dilaksanakandengan penuh focus tanpa gangguan atau campur tangan daridpada mana- mana badan yang tidak berkaitan Pengagihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri di Malaysia menurut perlembagaan adalah: Kerajaan Pusat – mentadbir dan melaksanakan tanggunjawab dalam isu – isu berkaitan tentang pendidikan, kewangan, hubungan luar, pertahanan dan lain lain lagi. Kerajaan Negeri – memikul tanggungjawab dalam menguruskan isu- isu yang bersangkut paut dengan agama, perhutanan, tanah dan pentadbiran negeri. Di Malaysia, terdapat tiga badan yang melibatkan diri dalam pentadbiran negara. Badan – badan ini adalah, badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif. Badan perundangan adalah badan yang melibatkan diri dalam penggubalan undang – undang iaitu parlimen. Bdan kehakiman adalah badan yang mengadili sesuatu isu dan berusaha untuk memberi keadilan yang sewajarnya. Badan ini melibatkan mahkamah. Badan eksekutif merupakan badan penting dalam pentadbiran sesebuah negara. Badan eksekutif mentadbir negara melalui barisan menteri kabinet dan jentera pentadbiran. Walau bagaimanapun, terdapat, keunikan atau pengecualian dalam pengamalan doktrin pengasingan kuasa ini. Ini dapat dilihat melalui peranan ahli parlimen yang merupakan sebahagian daripada badan perundangan yang menggubal undang – undang tetapi dilantik pada masa yang sama untuk menjawat jawatan sebagai menteri kabinet yang merupakan sebahagian daripada bahagian eksekutif. Peguam negara juga walaupun terlibat dalam bidang kehakiman merupakan sebahagian daripada badan eksekutif dan mempunyai kuasa dalam menentukan sesuatu mahkamah dalam membicarakan sesuatu kes. Ketua kepada badan kehakiman, badan perundangan dan badan eksekutif pula adalah dibawah Yang Di Pertuan Agong yang merupakan ketua negara dan ketua agama Islam bagi Wilayah Persekutuan. STPM -Pengajian Am Semester 1-Malaysia Negara Berdaulat - Kerajaan Konfederasi dan Kerajaan Kesatuan2/17/2023 STPM -Pengajian Am Semester 1-Malaysia Negara Berdaulat - Kerajaan Konfederasi dan Kerajaan Kesatuan
Kerajaan Kesatuan dan Kerajaan Konfederasi Terdapat pelbagai jenis kerajaan. Antaranya adalah kerajaan kesatuan, kerajaan konfederasi dan kerajaan persekutuan. Kerajaan kesatuan adalah kerajaan dengan kuasa pemerintahan yang agak dominan. Sebarang keputusan perundangan negeri boleh dibatalkan melalui kuasa pemerintahan kerajaan pusat. Kerajaan Konfederasi adalah kerajaan yang menetapkan had kepada bidang kuasa kerajaan dalam mengawal hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan bersama. STPM-Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat - Konsep dan Ciri negara Berdaulat2/2/2023 STPM-Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat - Konsep dan Ciri negara Berdaulat
Konsep-konsep Negara Berdaulat Antara konsep yang dikaitkan dengan negara berdaulat adalah: Kemerdekaan- Negara haruslah bebas daripada pengaruh penjajah yang menjajah negara. Perlembagaan – Perlembagaan yang merupakan sumber undang – undang tertinggi di sesebuah negara yang membantu kelancaran sistem pentadbiran negara. Identiti – Negara haruslah mempunyai identity yang tersendiri dari segi, ideologi rukun negara, jata negara lagu kebangsaan, pemerintahan dan juga budaya. Secara amnya Malaysia merupakan negara berdaulat yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Ini termasuklah,bendera Malaysia,lagu kebangsaan, rukun negara, jata negara,budaya, bunga kebangsaan dan juga pemerintahan. Kewibawaan – kewibawaan sesebuah negara adalah apabila ia diiktiraf di peringkat antarabangsa dan negara juga menjalankan hubungan diplomatic dengan negara luar. Ciri – ciri Negara Berdaulat Penduduk yang tetap Penduduk tetap merupakan antara ciri utama sesebuah negara berdaulat. Penduduk yang tetap ini juga dikenali sebagai warganegara.Sebagai contoh, Malasyia merupakan sebuah negara berdaulat dengan penduduk tetap yang berbilang agama dan kaum. Mereka terdiri daripada kaum Melayu,kaum India, kaum Cina, bumiputera dan lain – lain lagi. Sempadan dan wilayah yang jelas dan tetap Sempadan negara berdaulat haruslah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu dan juga dunia. Negara berdaulat ini juga berkuasa penuh ke tas ruang udara dan kawasan perairan negara tersebut. Kuasa autonomi ini haruslah dihormati oleh negara asing. Kerajaan negara berdaulat ( Malaysia ) berhak menetang sebarang tindakan pencerobohan ke atas sempadannya kerana ia merupakan satu tindakan yang mencabul kedaulatan negara.Keluasan sempadan negara juga akan mempengaruhi kuasa poltik, kuasa ekonomi dan juga perundangan Idoleogi yang tersendiri Ideologi merupakan satu bentuk pemikiran / kepercayaan yang merupakan asas kepada tingkah laku individu, masyarakat dan juga negara. Ideologi di peringkat negara pula merujuk kepada kepercayaan yang menjadi pemangkin gerakan sosial dan politik. Sebagai contoh, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan ideologi berbentuk demokrasi berparlimen. Wujudnya Sebuah Kerajaan Kerajaan yang wujud merupakan sebuah kerajaan yang teratur dan sistematik dengan penguatkuasaan undang – undang berlangsung sepanjang masa. Kerajaan ditubuhkan berlandaskan sistem pemerintahan sesebuah negara. Pentadbiran dan tindakan kerajaan juga adalah berlandaskan perlembagaan dan lunas undang – undang yang sah. Pertukaran kerajaan adalah melalui pilihan raya. Negara yang Berdaulat, Legitimasi ,keabsahan dan Berwibawa. Legitimasi sesebuah negara dalah bersandarkan kepada kebebasan negar dalam menentukan bentuk dan corak pemerintahan tanpa campur tangan kuasa asing. Pentadbiran negara juga dapat mengawal selia hal ehwal dalam negera dan kebebasan dalam hubungan diplomati denga negara lain. Ciri -Ciri Negara Berdaulat yang terdapat pada negara Malaysia: -simbol kenegaraan -diiktiraf dunia -penduduk pelbagai kaum -wujudnya pengasingan kuasa -perlembagaan dan undang - undang tersendiri -ideologi tersendiri -demokrasi berparlimen -kerajaan persekutuan STPM- Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat - Konsep Kedaulatan
Apakah itu kedaulatan? Secara amnya kedaulatan bermaksud ketertinggian. Kedaulatan adalah hak eksklusif dalam menguasai sepenuhnya sesebuah wilayah, kawasan pentadbiran, rakyat atau diri sendiri dan diperakui di peringkat antarabangsa. Kewujudan wilayah menyebabkan wujudnya kedaulatan. Kedaulatan dalam bahasa Inggerris adalah sovereignty atau superanus dalam bahasa latin dan Sovranus dalam bahasa Itali. Dengan adanya kedaulatan maka sesebuah negara itu akan mampu, menggubal dan menguatkuasakan undang – undang secara mutlak. Kedaulatan yang sah merujuk kepada kerajaan yang mentadbir negara melalui pelaksanaan undang – undang negara dan ketertinggian perlembagaan melalui mandat yang diberikan oleh rakyat. Mandat yang diberikan oleh rakyat ini mengambarkan kedaulatan politik yang diterjemahkan melalui kuasa rakyat yang memilih kerajaan sedia ada. STPM - Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat - Konsep Negara
Konsep Negara Apakah itu negara? Negara adalah sebuah daerah atau wilayah yang ditadbir secara sistematik oleh sesebuah kerajaan dari segi, ekonomi, sosial,politik, keamanan,pertahanan, kebudayaan dan lain – lain lagi. Unsur – unsur seperti rakyat, pemerintah yang berdaulat, sempadan wilayah tetap dan pengiktirafan dari negara negara lain serta ditadbir oleh kerajaan yang sah adalah intipati sesebuah negara. Sempadan sesebuah negara terdiri daripada kawasan daratan atau kawasan perairan. Negara juga ditafsirkan sebagai sebuah organisasi daripada rakyat dengan tujuan bersama dalam sesebuah konstitusi di mana ia dijunjung tinggi oleh warganegara di negara tersebut. SPM - Kebangkitan Nasionalisme- Pengertian Nasionalisme
Pengertian Nasionalisme Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme? Terdapat beberapa tokoh terkemuka yang mempunyai pendapat masing – masing berkaitan dengan definisi nasionalisme. Nasionalisme menurut Hans Kohn adalah gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya. Dr R Suntharalingam menerangkan bahawa nasionalisme adalah fenomena sejagat di mana fenomena ini mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini dalam menubuhkan sesebuah negara dengan sendirinya. Seperti Hans Kohn, Dr R Suntharalingam turut menyentuh tentang nasionalimse sebagai tuntutan kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa. Idea nasionalisme dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti sejarah, keturunan, agama, adat resam dan bahasa. Nasionalisme di Tanah Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Orang Melayu pada ketika itu berpegang kepada fahaman kebangsaan yang bersifat “ke tanah melayuan” seperti yang dinyatakan oleh Professor Dato Zainal Abidin Abdul Wahab. Semangat nasionalimse di Tanah Melayu ini juga menurut Professor William R. Roft timbul akibta kebimbangan masyarakat terhadap imperialism barat dan sekularisme yang melanda Tanah Melayu. Kebangkitan nasionalisme ini adalah berpunca daripada ancaman terhadapa kepentingan orang Melayu dan juga atas dasar faktor ekonomi. Ia semakin memuncak pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua apabila wujudnya ketegasan diri dan kesedaran. Dr Burhanuddin Al Helmi telah menerangkan gerakan nasionalisme adalah berasaskan persatuan dan perpaduan yang kuat iaitu National Fronts. Berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam adalah penting dalam menentang penjajahan untuk mencapai kemerdekaan. Gerakan nasionalisme turut dikaitkan oleh Professor Emeritus Tan Sri Dato Khoo Kay Kim sebagai perjuangan orang melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan yang unggul dalam negara sendiri. Dato Onn Jaafar juga menerangkan bahawa nasionalisme adalah penzahiran sesuatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri atas tapak kaki kita sendii dan mengambil tempat yang sebenar di sisi bangsa – bangsa lain yang tegap dan bersatu. Dengan ini dapat dirumuskan semangat nasionalisme memupuk semangat cintakan bangsa dan negara. Semangat nasionalisme ataupun dikenali sebagai semangat kebangsaan ini adalah berkaitan tentang perjuangan menentang penjajah demi membela bangsa dan negara. Secara kesimpulannya, nasionalisme dapat dikaitkan dengan lahirnya perasaan kekitaan dengan merujuk kepada persamaan kebudayaan dan pengalaman sejarah bagi membebaskan bangsa dan negara daripada penjajahan. Selain itu gerakan untuk membebaskan politik, ekonomi dan sosial daripada cengkaman penjajah asing turut dikaitkan dengan nasionalisme. Gerakan nasionalisme mempunyai tujuan yang sama dalam membina negara berdaulat dengan bangsa yang bersatu. Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang – Undang (Undang – Undang )
Terdapat dua jenis undang -undang bertulis di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Undang – undang tersebut adalah Undang – Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Hukum kanun Melaka mengandungi 44 Fasal berkaitan dengan perkara – perkara seperti peranan sultan dan pembesar, ekonomi, kekeluargaan dan juga jenayah. Dalam Hukum Kanun Melaka, peranan Sultan dan pembesar dalam pentadbiran telah dijelaskan. Contohnya Fasal 1 telah menyentuh tentang kuasa sultan dalam melantik Bendahara dan Temenggung dan juga tugas Sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu dengan itu segala bentuk kegiatan termasuklah ekonomi haruslah berpaksikan kepada pegangan agama Islam. Sebarang bentuk perdagangan haruslah tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Dengan itu Hukum Kanun Melaka telah menerapkan unsur mengharamkan riba dalam setiap bentuk perniagaan dan sesiapa yang terlibat dalam aktiviti perniagaan haruslah merupakan seorang yang akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli seperti yang termaktub pada Fasal 30. Hukum Kanun Melaka Hukum Kanun Melaka turut menyentuh hal – hal yang berkaitan dengan isu kekeluargaan. Tujuan utama isu ini dikupas dalam Hukum Kanun Melaka adalah untuk menyelesaikan masalah dan menjamin kebahagiaan serta keharmonian dalam keluarga. Selain itu isu perkahwinan turut disentuh dalam Hukum Kanun Melaka melalui Fasal 26. Fasal 26 menyatakan pernikahan perlu ada empat orang saksi jika tiada memadai dengan dua orang saksi. Walau bagaimanapun, wanita dan hamba abdi tidak boleh menjadi sasksi. Kesalahan jenayah seperti mencuri, membunuh dan menikam serta hukuman terhadap kesalahan di atas juga boleh didapati dalam Hukum Kanun Melaka. Sebagai contoh, hukuman bunuh adalah hukuman sewajarnya bagi kesalahan membunuh orang lain tanpa pengetahuan sultan dan pembesar seperti yang terkandung dalam Fasal 5.1 dan jika ingkar akan arahan dan memalsukan perintah sultan, Fasal 4 turut, menyentuh bahawa hukuman bunuh adalah hukuman bagi kesalahan tersebut. Undang - Undang Laut Melaka Undang – Undang Laut Melaka diusahakan oleh tiga orang nakhoda iaitu, Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak.Undang – Undang Laut Melaka ini kemudiannya diperkenakan oleh Sultan Mahmud Syah. Perkara – perkara yang menjadi tumpuan Undang – Undang Laut Melaka adalah yang berkaitan dengan, pelyaran, peranan nakhoda, percukaian dan jenayah. Pelayaran merupakan antara perkara yang terkandung dalam Undang – Undang Laut Melaka. Undang – undang laut Melaka turut menegaskan peranan jurumudi, jurubatu dan malim. Tugas malim telah diperincikan melalui Fasal 9. Fasal 9 telah menyebut bahawa malim seharusnya arif dalam ilmu pelayaran. Malim harus tahu kedudukan ombak dan arus serta kedudukan bulan dan bintang bagi menjamin keselamatan pelayaran. Malim yang lalai akan dihukum bunuh jika menyebabkan pelanggaran dan juga kerosakan. Nakhoda memainkan peranan sebagai raja yang harus dipatuhi sepanjang pelayaran. Kedudukan, tugas dan kekuasaan nakhoda telah termaktub dalam Fasal 13.1 dan Fasal 13.3 Fasal 13,1 menyentuh tentang keutamaan nakhoda untuk berniaga selama empat hari manakala Fasal 13.3 menyentuh tentang keperluan nakhoda bermesyuarat dan mendapatkan persetujuan semua pihak di dalam kapal jika ingin bersinggah di tempat yang tiada dalam persinggahan. Isu berkaitan cukai meliputi cukai perjalanan dan cukai hasil perniagaan. Fasal 6.3 menetapkan jumlah cukai terhadap penumpang. Ia merupakan 1 / 10 daripada hasil penumpang yang mahu turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga hari, tiga bulan atau tiga tahun. |
AuthorMempelajari, mendalami dan menghayati pengertian sejarah Malaysia tanah air kita. Archives
March 2023
Categories
All
|