STPM-Pengajian Am Semester 1 – Malaysia Kekal Berdaulat - Reaksi Singapura terhadap Pembentukan Gagasan Malaysia
Pembentukan gagasan Malaysia diharapakn dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura. Selain itu ekonomi Singapura dijangka akan berkembang dengan lebih pesat melalui gabungan gagasan Malaysia. Lee Kuan Yew yang merupakan Ketua Menteri Singapura amat menyokong pembentukan gagasan Malaysia kerana ini akan mengukuhkan penguasaan parti PETIR di Singapura di samping menyekat pengaruh komunis di Singapura. Satu pungutan suara telah diadakan pada 1 Septembet 1962 oleh Lee Kuan Yew bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura berkaitan penyertaan Singapura dalam gagasan Malaysia. Hasil pungutan suara ini menunjukkan bahawa 71.1% rakyat Singapura menyokong penyertaan Singapura dalam Malaysia dan penubuhan Malaysia. Walau bagaimanapun, Parti Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan Malaysia ini. Singapura berharap agar mendapat 15 kerusi Parlimen dalam Parlimen Malaysia. Selain itu , Singapura turut mempunyai kuasa autonomi dalam bidang berkaitan dengan pendidikan, kewangan dan perburuhan. Taraf pelabuhan bebas Singapura juga harp dikekalkan melalui penyertaan dalam gagasan Malaysia.
0 Comments
SPTM – Pengajian Am Semester 1 – Malaysia Kekal Berdaulat – Pembentukan Negara Malaysia
Pada mulanya Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan Tanah Melayu telah membuka satu lembaran baru kepada idea pembentukan Malaysia melalui gabungan antara Sabah, Sarawak dan juga Brunei. Cadangn Tunaku Abdul Rahman ini ditolak oleh pihak British disebabkan oleh tiadanya pernyetaan Singapura. Lee Kuan Yew iaitu Ketua Menteri Singapura turut berharap agar dapat menyertai Malaysia kerana diharapkan penubuhan Malaysia dapat digunakan untuk menyekat pengaruh komunis di Siangapura yang semakin berkembang. DI Singapura, pihak komunis telah mengadakan mogok yang bertukar menjadi rusuhan di sebuah syarikat bas. Pengaruh pihak komunis juga semakin meluas apabila merampas pucuk pimpinan Parti tindakan rakyat ( PETIR) yang menguasai Singapuara sejak tahun 1959 dibawah Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew juga telah berusaha untuk mengusir golongan berhaluan kiri dalam PETIR. PETIR kalah dalam pilihan raya kecil 1961 yang melibatkan pilihan raya Anson dan Hong Lim. Satu Parti yang mempunyai ideologi komunis telah ditubuhkan iatu Barisan Sosialis di bawah Lim Chin Siong. Penubuhan gagasan Malaysia ini diharapkan dapat mengekang kemaraan komunis. Pengaruh komunis turut melebarkan sayapnya dalam scenario politik di Sarawak. Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau SUPP telah dipengaruhi oleh komunis dan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut merupakan parti Komunis yang dibubarkan ketika Darurat. Terdapat juga pertubuhan komunis sulit yang bergerak melalui kesatuan sekerja, petani dan pelajar iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak yang berfungsi untuk menghasut masyarakat Cina agar menentang Komunis. Pembentukan gagasan Malaysia diharapkan agar dapat mencegah pengaruh komunis ini. Pihak British turut menjanjikan kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura melalui gabungan bersama - sama dengan Persekutuan Tanah Melayu dalam gagasan Malaysia. Gagasan Malaysia ini diharapkan dapat menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah - wilayah ini daripada kuasa luar dan menamatkan penjajahan British. Keseimbangan ekonomi turut memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia. Keadaan ekonomi di Sabah dan Sarawak adalah kurang maju jika dibandingkan dengan Malaysia, Brunei dan Singapura. Pembentukan gagasan Malaysia diharapkan agar dapat mewujudkan kerjasama antara kelima – lima negara ini dalam memajukan ekonomi dan menikmati kemakmuran ekonomi bersama. Gagasan Malaysia juga diharapakn dapat menyeimbangi jumlah penduduk. Pengabungan Sabah, Sarawak, Brunei dan TanaH Melayu diharapkan dapat memberi faedah dari segi komposisi penduduk. Pengabungan dengan Singapura sahaja akan menyebabkan ketidak seimbangan kaum keran majority penduduk Singapura berbangsa Cina. Keseimbagan dapat dicapai melalui gabungan antara Sabah, Sarawak dan Brunei yang rata- ratanya bumiputera. Dengan ini pada 23 Julai 1961 satu Jawatan kuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum atau ( JPPK) yang berfungsi untuk mendapatkan maklumat/ respon daripada orang ramai dan memberi penerangan kepada orang ramai tentang pembentukan Malaysia. Pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK) telah membincangkan isu berkaitan hak dan kepentingan masyarakat Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia dan kewajaran Sabah dan Sarawak dalam menyertai Malaysia Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah berkaitan tentang penubuhan Malaysia dan membuat laporan dan cadangan kepada pihak British. Perjanjian Malaysia ditandatangai di London pada 9 Julai 1963 di Malborough House. Akhirnya pada 16 September 1963, negara Malaysia Berjaya ditubuhkan secara rasminya. Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. STPM- Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat - Kerajaan Persekutuan dan Pengagihan Kuasa di Malaysia
Doktrin pengagihan kuasa merupakan konsep yang diamalkan oleh kerajaan persekutuan di Malaysia . Pengagihan ini dapat dilihat melalui wujudnya kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta wujudnya badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif. Tujuan perlunya konsep pengagihan kuasa ini adalah untuk mengelakkan berlakunya pertindihan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri dan juga antara badan kehakiman, perundangan dan eksekutif. Keberangkalian untuk berlakunya campur tangan dan pemusatan kuasa juga dapat dielakkan apabila kuasa diagihkan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan antara badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif.Setiap badan dan kerajaan sama ada pusat dan negeri juga akan menjalankan tugas dan kuasa berlandaskan apa yang termaktub di dalam perlembaagaan. Setiap tugasan dan amanat dapat dilaksanakandengan penuh focus tanpa gangguan atau campur tangan daridpada mana- mana badan yang tidak berkaitan Pengagihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri di Malaysia menurut perlembagaan adalah: Kerajaan Pusat – mentadbir dan melaksanakan tanggunjawab dalam isu – isu berkaitan tentang pendidikan, kewangan, hubungan luar, pertahanan dan lain lain lagi. Kerajaan Negeri – memikul tanggungjawab dalam menguruskan isu- isu yang bersangkut paut dengan agama, perhutanan, tanah dan pentadbiran negeri. Di Malaysia, terdapat tiga badan yang melibatkan diri dalam pentadbiran negara. Badan – badan ini adalah, badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif. Badan perundangan adalah badan yang melibatkan diri dalam penggubalan undang – undang iaitu parlimen. Bdan kehakiman adalah badan yang mengadili sesuatu isu dan berusaha untuk memberi keadilan yang sewajarnya. Badan ini melibatkan mahkamah. Badan eksekutif merupakan badan penting dalam pentadbiran sesebuah negara. Badan eksekutif mentadbir negara melalui barisan menteri kabinet dan jentera pentadbiran. Walau bagaimanapun, terdapat, keunikan atau pengecualian dalam pengamalan doktrin pengasingan kuasa ini. Ini dapat dilihat melalui peranan ahli parlimen yang merupakan sebahagian daripada badan perundangan yang menggubal undang – undang tetapi dilantik pada masa yang sama untuk menjawat jawatan sebagai menteri kabinet yang merupakan sebahagian daripada bahagian eksekutif. Peguam negara juga walaupun terlibat dalam bidang kehakiman merupakan sebahagian daripada badan eksekutif dan mempunyai kuasa dalam menentukan sesuatu mahkamah dalam membicarakan sesuatu kes. Ketua kepada badan kehakiman, badan perundangan dan badan eksekutif pula adalah dibawah Yang Di Pertuan Agong yang merupakan ketua negara dan ketua agama Islam bagi Wilayah Persekutuan. STPM -Pengajian Am Semester 1-Malaysia Negara Berdaulat - Kerajaan Konfederasi dan Kerajaan Kesatuan2/17/2023 STPM -Pengajian Am Semester 1-Malaysia Negara Berdaulat - Kerajaan Konfederasi dan Kerajaan Kesatuan
Kerajaan Kesatuan dan Kerajaan Konfederasi Terdapat pelbagai jenis kerajaan. Antaranya adalah kerajaan kesatuan, kerajaan konfederasi dan kerajaan persekutuan. Kerajaan kesatuan adalah kerajaan dengan kuasa pemerintahan yang agak dominan. Sebarang keputusan perundangan negeri boleh dibatalkan melalui kuasa pemerintahan kerajaan pusat. Kerajaan Konfederasi adalah kerajaan yang menetapkan had kepada bidang kuasa kerajaan dalam mengawal hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan bersama. STPM- Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat - Konsep Kedaulatan
Apakah itu kedaulatan? Secara amnya kedaulatan bermaksud ketertinggian. Kedaulatan adalah hak eksklusif dalam menguasai sepenuhnya sesebuah wilayah, kawasan pentadbiran, rakyat atau diri sendiri dan diperakui di peringkat antarabangsa. Kewujudan wilayah menyebabkan wujudnya kedaulatan. Kedaulatan dalam bahasa Inggerris adalah sovereignty atau superanus dalam bahasa latin dan Sovranus dalam bahasa Itali. Dengan adanya kedaulatan maka sesebuah negara itu akan mampu, menggubal dan menguatkuasakan undang – undang secara mutlak. Kedaulatan yang sah merujuk kepada kerajaan yang mentadbir negara melalui pelaksanaan undang – undang negara dan ketertinggian perlembagaan melalui mandat yang diberikan oleh rakyat. Mandat yang diberikan oleh rakyat ini mengambarkan kedaulatan politik yang diterjemahkan melalui kuasa rakyat yang memilih kerajaan sedia ada. STPM - Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat - Konsep Negara
Konsep Negara Apakah itu negara? Negara adalah sebuah daerah atau wilayah yang ditadbir secara sistematik oleh sesebuah kerajaan dari segi, ekonomi, sosial,politik, keamanan,pertahanan, kebudayaan dan lain – lain lagi. Unsur – unsur seperti rakyat, pemerintah yang berdaulat, sempadan wilayah tetap dan pengiktirafan dari negara negara lain serta ditadbir oleh kerajaan yang sah adalah intipati sesebuah negara. Sempadan sesebuah negara terdiri daripada kawasan daratan atau kawasan perairan. Negara juga ditafsirkan sebagai sebuah organisasi daripada rakyat dengan tujuan bersama dalam sesebuah konstitusi di mana ia dijunjung tinggi oleh warganegara di negara tersebut. |
AuthorMempelajari, mendalami dan menghayati pengertian sejarah Malaysia tanah air kita. Archives
March 2023
Categories
All
|