Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang – Undang (Sistem Pentadbiran)
Pembesar empat lipatan adalah terma yang diguna apabila menyentuh tentang sistem pentadbiran pada masa Kesultanan Melayu Melaka yang lengkap dan tersusun. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu ini adalah terbahagi kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran jajahan. Kekuasaan Sultan Melaka meliputi aspek peperangan, pemerintahan, agama dan hubungan diplomatik. Sultan Melaka memerintah dengan mendapat bantuan oleh Pembesar berempat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembersar berempat ini terlibat dalam pentadbiran pusat dan mempunyai tugas masing – masing. Bendahara merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera dan ketua pentadbir yang juga betugas menasihati sultan dan pemangku sultan. Selain Bendahara, tugas berkaitan keselamatan dan pertahanan di Melaka juga digalas oleh Temenggung yang menjaga keselamatan kota Melaka dan Laksamana yang merupakan panglima angkatan laut Melaka. Pendapatan Kesultanan Melayu Melaka adalah berpunca daripada cukai, perdagangan dan ufti dari wilayah naungan dan taklukan. Penghulu bendahari adalah bertanggunjawab dalam hal ini untuk mengurus sistem kewangan, pendapatan serta perbendaharaan negeri dengan teratur. Syahbandar pula terlibat dalam usaha pemungutan cukai. Pembesar berempat diberi kuasa oleh Sultan Melaka untuk mentadbir wilayah, pulau atau sungai yang juga dikenali sebagai kawasan pegangan. Selain itu, pembesar – pembesar lain terdiri daripada Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, Hulubalang dan Penghulu. Selain pentadbiran pusat, sistem pentadbiran Melaka juga meliputi pentadbiran jajahan. Pentadbiran peringkat jajahan ini meliputi kawasan daerah dan kampung yang ditadbir oleh pembesar. Pembesar ini dilantik oleh Sultan dan Pembesar Berempat dan ditugaskan untuk menjaga keamanan dan mengutip cukai.
0 Comments
Ciri – ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka merupakan contoh negara bangsa kerana memenuhi ciri – ciri negara bangsa seperti kewujudan sebuah kerajaan, kedaulatan, undang – undang ,rakyat, lambang kebesaran dan wilayah pengaruh. Raja juga dikenali sebagai sultan selepas kedatangan Islam di Tanah Melayu. Raja dikenali sebagai pemerintah tertinggi dan dibantu oleh para pembesar melalui Sistem Pembesar Empat Lipatan. Dengan adanya raja maka tertubuhnya sebuah kerajaan. Kedaulatan membawa pengertian lambang kuasa tertinggi dan hak mutlak sultan dalam megawal wilayah pengaruh dan rakyat. Sebagai tanda pengiktirafan terhadap kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka yang bebas daripada campur tangan kuasa asing, kerajaan Dinasti Ming telah meghantar Laksamana Cheng Ho bagi menjalinkan hubungan antara Cina dan Melaka. Melaka mempunyai dua undang – undang bertulis yang utama iaitu Undang – Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Penggubalan undang – undang ini adalah untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan, menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang unggul serta melindungi rakyat. Kewujudan undang – undang ini merupakan antara ciri – ciri utama negara bangsa. Lambang kebesaran sering dikaitkan dengan penggunaan warna, regalia, nobat dan juga cap mohor.Lambang kebesaran ini merupakan simbol kedaulatan, keistimewaan dan identiti sultan yang memerintah. Sebagai contoh penggunaan cop mohor adalah untuk mengesahkan arahan daripada sultan. Wilayah pengaruh merupakan kawasan pemerintahan raja yang diperakui dan diterima oleh rakyat. Wilayah pengaruh ini diperolehi melalui perkahwinan, naungan dan penaklukan. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas meliputi semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur sumatera Akhir sekali, ciri sesebuah negara bangsa juga merangkumi kewujudan rakyat yang menumpahkan kesetiaan kepada Sultan dan sentiasa patuh kepada undang – undang. Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua kelompok rakyat iaitu Orang Melayu dan Orang Laut.Selain itu rakyat juga diklasifikasikan kepada golongan merdeka dan hamba. Persefahaman dan kesejahteraan antara dapat dicapai melalui hubungan timbal balik antara pemerintah dan rakyat. SPM Sejarah - Kewujudan Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Kuasa Barat
Negara bangsa sudah wujud sebelum kedatangan kuasa barat lagi. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya sistem beraja, rakyat jelata, undang – undang dan wilayah pengaruh. Raja dianggap suci dan ini dapat dibuktikan melalui sistem kerajaan Champa di mana Raja Champa dikaitkan dengan Dewa Siva. Raja dianggap sebagai tonggak utama kerajaan yang diperkukuhkan oleh sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar. Sesebuah negara bangsa juga harus mempunyai sistem undang – undang dalam menjamin dan memupuk kesejahteraan sesebuah kerajaan. Undang – undang ini diguna pakai di seluruh wilayah pengaruh. Contohnya, Hukum Kanun Melaka dan Undang – Undang Laut Melaka adalah undang – undang Kesultanan Melayu Melaka manakala undang – undang Kutara Manawa merupakan undang – undang Kerajaan Majapahit. Wilayah pengaruh merupakan antara ciri negara bangsa. Wilayah pengaruh adalah kawasan di mana rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja. Sebagai contoh, kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, Selatan Myanmar dan Segenting Kra. Definisi rakyat merangkumi penduduk di dalam sesebuah wilayah yang seharusnya memberi sepenuh kesetiaan kepada Raja. Ini dapat dibuktikan melalui tindakan rakyat Srivijaya yang menjalani upacara persetiaan dengan meminum air sumpah yang dituang ke atas inskripsi Telaga Batu sebagai bukti kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya. Pengenalan Kepada Warisan Negara Bangsa
Kita sering tertanya-tanya apakah itu negara bangsa. Terdapat ciri – ciri tertentu yang membantu kita dalam mengenali identiti sesebuah negara bangsa. Kewujudan negara bangsa sering dikaitkan dengan tertubuhnya sebuah kerajaan,undang –undang, kedaulatan, keunikan lambang kebesaran, wilayah pengaruh dan rakyat. Sesebuah negara bangsa juga mempunyai sultan yang memerintah, pembesar yang menjalankan pentadbiran negara dan rakyat yang menetap di negara terbabit. Sultan, pembesar dan rakyat ini mempunyai peranan masing – masing dalam negara ini. Sultan merupakan pemerintah manakala pembesar merupakan perantara antara sultan dan juga rakyat. Tugas sultan adalah menjamin keselamatan dan kemakmuran rakyat di samping bertanggunjawab dalam memelihara keamanan, kemakmuran dan kestabilan negara selain memperkenankan undang – undang. Selain mengalas tugas sebagai perantara antara sultan dan rakyat, pembesar juga berperanan menjaga kebajikan, hal ehwal dan keselamatan rakyat di kawasan pegangan mereka. Pembesar turut terbabit dalam mengutip hasil dan membekalkan tenaga tentera melalui system kerah. Tumpuan utama rakyat pula adalah untuk melahirkan perasaan taat setia kepada pemerintah. Mereka harus mematuhi setiap arahan daripada pemerintah dan menymbang tenaga melalui system kerah di samping menjawat jawatan sebagai pendayung atau tentera dan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong –royong, majlis perkahwinan atau kenduri. |
AuthorMempelajari, mendalami dan menghayati pengertian sejarah Malaysia tanah air kita. Archives
March 2023
Categories
All
|