Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang – Undang (Undang – Undang )
Terdapat dua jenis undang -undang bertulis di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Undang – undang tersebut adalah Undang – Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Hukum kanun Melaka mengandungi 44 Fasal berkaitan dengan perkara – perkara seperti peranan sultan dan pembesar, ekonomi, kekeluargaan dan juga jenayah. Dalam Hukum Kanun Melaka, peranan Sultan dan pembesar dalam pentadbiran telah dijelaskan. Contohnya Fasal 1 telah menyentuh tentang kuasa sultan dalam melantik Bendahara dan Temenggung dan juga tugas Sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu dengan itu segala bentuk kegiatan termasuklah ekonomi haruslah berpaksikan kepada pegangan agama Islam. Sebarang bentuk perdagangan haruslah tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Dengan itu Hukum Kanun Melaka telah menerapkan unsur mengharamkan riba dalam setiap bentuk perniagaan dan sesiapa yang terlibat dalam aktiviti perniagaan haruslah merupakan seorang yang akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli seperti yang termaktub pada Fasal 30. Hukum Kanun Melaka Hukum Kanun Melaka turut menyentuh hal – hal yang berkaitan dengan isu kekeluargaan. Tujuan utama isu ini dikupas dalam Hukum Kanun Melaka adalah untuk menyelesaikan masalah dan menjamin kebahagiaan serta keharmonian dalam keluarga. Selain itu isu perkahwinan turut disentuh dalam Hukum Kanun Melaka melalui Fasal 26. Fasal 26 menyatakan pernikahan perlu ada empat orang saksi jika tiada memadai dengan dua orang saksi. Walau bagaimanapun, wanita dan hamba abdi tidak boleh menjadi sasksi. Kesalahan jenayah seperti mencuri, membunuh dan menikam serta hukuman terhadap kesalahan di atas juga boleh didapati dalam Hukum Kanun Melaka. Sebagai contoh, hukuman bunuh adalah hukuman sewajarnya bagi kesalahan membunuh orang lain tanpa pengetahuan sultan dan pembesar seperti yang terkandung dalam Fasal 5.1 dan jika ingkar akan arahan dan memalsukan perintah sultan, Fasal 4 turut, menyentuh bahawa hukuman bunuh adalah hukuman bagi kesalahan tersebut. Undang - Undang Laut Melaka Undang – Undang Laut Melaka diusahakan oleh tiga orang nakhoda iaitu, Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak.Undang – Undang Laut Melaka ini kemudiannya diperkenakan oleh Sultan Mahmud Syah. Perkara – perkara yang menjadi tumpuan Undang – Undang Laut Melaka adalah yang berkaitan dengan, pelyaran, peranan nakhoda, percukaian dan jenayah. Pelayaran merupakan antara perkara yang terkandung dalam Undang – Undang Laut Melaka. Undang – undang laut Melaka turut menegaskan peranan jurumudi, jurubatu dan malim. Tugas malim telah diperincikan melalui Fasal 9. Fasal 9 telah menyebut bahawa malim seharusnya arif dalam ilmu pelayaran. Malim harus tahu kedudukan ombak dan arus serta kedudukan bulan dan bintang bagi menjamin keselamatan pelayaran. Malim yang lalai akan dihukum bunuh jika menyebabkan pelanggaran dan juga kerosakan. Nakhoda memainkan peranan sebagai raja yang harus dipatuhi sepanjang pelayaran. Kedudukan, tugas dan kekuasaan nakhoda telah termaktub dalam Fasal 13.1 dan Fasal 13.3 Fasal 13,1 menyentuh tentang keutamaan nakhoda untuk berniaga selama empat hari manakala Fasal 13.3 menyentuh tentang keperluan nakhoda bermesyuarat dan mendapatkan persetujuan semua pihak di dalam kapal jika ingin bersinggah di tempat yang tiada dalam persinggahan. Isu berkaitan cukai meliputi cukai perjalanan dan cukai hasil perniagaan. Fasal 6.3 menetapkan jumlah cukai terhadap penumpang. Ia merupakan 1 / 10 daripada hasil penumpang yang mahu turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga hari, tiga bulan atau tiga tahun.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorMempelajari, mendalami dan menghayati pengertian sejarah Malaysia tanah air kita. Archives
March 2023
Categories
All
|