• Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets

SEJARAH MALAYSIA 

SPTM – Pengajian Am Semester 1 – Malaysia Kekal Berdaulat – Pembentukan Negara  Malaysia

2/19/2023

0 Comments

 
SPTM – Pengajian Am Semester 1 – Malaysia Kekal Berdaulat – Pembentukan Negara  Malaysia 

Pada mulanya Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kemerdekaan Tanah Melayu telah membuka satu lembaran baru kepada idea pembentukan Malaysia melalui gabungan antara Sabah, Sarawak dan juga Brunei. 

Cadangn Tunaku Abdul Rahman ini ditolak oleh pihak British disebabkan oleh tiadanya pernyetaan Singapura. 

Lee Kuan Yew iaitu Ketua Menteri Singapura turut berharap agar dapat menyertai Malaysia kerana diharapkan penubuhan Malaysia dapat digunakan untuk menyekat pengaruh komunis di Siangapura yang semakin berkembang. 

DI Singapura, pihak komunis telah mengadakan mogok yang bertukar menjadi rusuhan di sebuah syarikat bas. 

Pengaruh pihak komunis juga semakin meluas apabila merampas pucuk pimpinan Parti tindakan rakyat ( PETIR) yang menguasai Singapuara sejak tahun 1959 dibawah Lee Kuan Yew. 

Lee Kuan Yew juga telah berusaha untuk mengusir golongan berhaluan kiri dalam PETIR. 

PETIR kalah dalam pilihan raya kecil 1961 yang melibatkan pilihan raya Anson dan Hong Lim. 

Satu Parti yang mempunyai ideologi komunis telah ditubuhkan iatu Barisan Sosialis di bawah Lim Chin Siong. 

Penubuhan gagasan Malaysia ini diharapkan dapat mengekang kemaraan komunis. 

Pengaruh komunis turut melebarkan sayapnya dalam scenario politik di Sarawak. 

Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau SUPP telah dipengaruhi oleh komunis dan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut merupakan parti Komunis yang dibubarkan ketika Darurat. 
Terdapat juga pertubuhan komunis sulit yang bergerak melalui kesatuan sekerja, petani dan pelajar iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak yang berfungsi untuk menghasut masyarakat Cina agar menentang Komunis. 

Pembentukan gagasan Malaysia diharapkan agar dapat mencegah pengaruh komunis ini. 

Pihak British turut menjanjikan kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura melalui gabungan bersama - sama dengan Persekutuan Tanah Melayu dalam gagasan Malaysia. Gagasan Malaysia ini diharapkan dapat menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah - wilayah ini daripada kuasa luar dan menamatkan penjajahan British. 

Keseimbangan ekonomi turut memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia. 

Keadaan ekonomi di Sabah dan Sarawak 
adalah kurang maju jika dibandingkan dengan Malaysia, Brunei dan Singapura. 

Pembentukan gagasan Malaysia diharapkan agar dapat mewujudkan kerjasama antara kelima – lima negara ini dalam memajukan ekonomi dan menikmati kemakmuran ekonomi bersama. 

Gagasan Malaysia juga diharapakn dapat menyeimbangi jumlah penduduk. Pengabungan Sabah, Sarawak, Brunei dan TanaH Melayu diharapkan dapat memberi faedah dari segi komposisi penduduk. 

Pengabungan dengan Singapura sahaja akan menyebabkan ketidak seimbangan kaum keran majority penduduk Singapura berbangsa Cina. Keseimbagan dapat dicapai melalui gabungan antara Sabah, Sarawak dan Brunei yang rata- ratanya bumiputera. 

Dengan ini pada 23 Julai 1961 satu Jawatan kuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum atau ( JPPK) yang berfungsi untuk mendapatkan maklumat/ respon daripada orang ramai dan memberi penerangan kepada orang ramai tentang pembentukan Malaysia. 

Pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK) telah membincangkan isu berkaitan hak dan kepentingan masyarakat Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia dan kewajaran Sabah dan Sarawak dalam menyertai Malaysia 

Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah berkaitan tentang penubuhan Malaysia dan membuat laporan dan cadangan kepada pihak British. 

Perjanjian Malaysia ditandatangai di London pada 9 Julai 1963 di Malborough House. 

Akhirnya pada 16 September 1963, negara Malaysia Berjaya ditubuhkan secara rasminya. Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Mempelajari, mendalami dan menghayati pengertian sejarah Malaysia tanah air kita. 

    Archives

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    November 2022

    Categories

    All
    Sejarah Malaysia
    SPM Kebangkitan Nasionalisme
    SPM Sejarah Warisan Negara Bangsa
    SPM Sejarah - Warisan Negara Bangsa
    STPM Pengajian Am Semester 1 Malaysia Negara Berdaulat

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly
  • Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets