• Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets

SEJARAH MALAYSIA 

STPM- Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat - ​Kerajaan Persekutuan dan Pengagihan Kuasa di Malaysia

2/17/2023

0 Comments

 
STPM- Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat - ​Kerajaan Persekutuan dan Pengagihan Kuasa di Malaysia 

Doktrin pengagihan kuasa merupakan konsep yang diamalkan oleh kerajaan persekutuan di Malaysia . Pengagihan ini dapat dilihat melalui wujudnya kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta wujudnya badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif. 

Tujuan perlunya konsep pengagihan kuasa ini adalah untuk mengelakkan berlakunya pertindihan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri dan juga antara badan kehakiman, perundangan dan eksekutif. 

Keberangkalian untuk berlakunya campur tangan dan pemusatan kuasa juga dapat dielakkan apabila kuasa diagihkan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan antara badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif.Setiap badan dan kerajaan sama ada pusat dan negeri juga akan menjalankan tugas dan kuasa berlandaskan apa yang termaktub di dalam perlembaagaan. 

Setiap tugasan dan amanat dapat dilaksanakandengan penuh focus tanpa gangguan  atau campur tangan daridpada mana- mana badan yang tidak berkaitan 

Pengagihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri di Malaysia  menurut perlembagaan adalah: 

Kerajaan Pusat – mentadbir dan melaksanakan tanggunjawab dalam isu – isu berkaitan tentang pendidikan, kewangan, hubungan luar, pertahanan dan lain lain lagi.
Kerajaan Negeri – memikul tanggungjawab dalam menguruskan isu- isu yang bersangkut paut dengan agama, perhutanan, tanah dan pentadbiran negeri. 

Di Malaysia, terdapat tiga badan yang melibatkan diri dalam pentadbiran negara. Badan – badan ini adalah, badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif. 

Badan perundangan adalah badan yang melibatkan diri dalam penggubalan undang – undang iaitu parlimen.

Bdan kehakiman adalah badan yang mengadili sesuatu isu dan berusaha untuk memberi keadilan yang sewajarnya. Badan ini melibatkan mahkamah. 

Badan eksekutif merupakan badan penting dalam pentadbiran sesebuah negara. Badan eksekutif mentadbir negara melalui barisan menteri kabinet dan jentera pentadbiran. 

Walau bagaimanapun, terdapat, keunikan atau pengecualian dalam pengamalan doktrin pengasingan kuasa ini. Ini dapat dilihat melalui peranan ahli parlimen yang merupakan sebahagian daripada badan perundangan yang menggubal undang – undang tetapi dilantik pada masa yang sama untuk menjawat jawatan sebagai menteri kabinet yang merupakan sebahagian daripada bahagian eksekutif. 

Peguam negara juga walaupun terlibat dalam bidang kehakiman merupakan sebahagian daripada badan eksekutif dan mempunyai kuasa dalam menentukan sesuatu mahkamah dalam membicarakan sesuatu kes. 


Ketua kepada badan kehakiman, badan perundangan dan badan eksekutif pula adalah dibawah Yang Di Pertuan Agong yang merupakan ketua negara dan ketua agama Islam bagi Wilayah Persekutuan. 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Mempelajari, mendalami dan menghayati pengertian sejarah Malaysia tanah air kita. 

    Archives

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    November 2022

    Categories

    All
    Sejarah Malaysia
    SPM Kebangkitan Nasionalisme
    SPM Sejarah Warisan Negara Bangsa
    SPM Sejarah - Warisan Negara Bangsa
    STPM Pengajian Am Semester 1 Malaysia Negara Berdaulat

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly
  • Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets