• Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets

SEJARAH MALAYSIA 

STPM-Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat -  Konsep dan Ciri negara Berdaulat

2/2/2023

0 Comments

 
STPM-Pengajian Am Semester 1 - Malaysia Negara Berdaulat -  Konsep dan Ciri negara Berdaulat 

Konsep-konsep  Negara Berdaulat 
Antara konsep yang dikaitkan dengan negara berdaulat adalah:

Kemerdekaan- Negara haruslah bebas daripada pengaruh penjajah yang menjajah negara.

Perlembagaan – Perlembagaan yang merupakan sumber undang – undang tertinggi di sesebuah negara yang membantu kelancaran sistem pentadbiran negara. 

Identiti – Negara haruslah mempunyai identity yang tersendiri dari segi, ideologi rukun negara, jata negara lagu kebangsaan, pemerintahan dan juga budaya. 

Secara amnya Malaysia merupakan negara berdaulat yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Ini termasuklah,bendera Malaysia,lagu kebangsaan, rukun negara, jata negara,budaya, bunga kebangsaan dan juga pemerintahan. 

Kewibawaan – kewibawaan sesebuah negara adalah apabila ia  diiktiraf di peringkat antarabangsa dan negara juga menjalankan hubungan diplomatic dengan negara luar. 

Ciri – ciri  Negara Berdaulat 

Penduduk yang tetap 
Penduduk tetap merupakan antara ciri utama sesebuah negara berdaulat. Penduduk yang tetap ini juga dikenali sebagai warganegara.Sebagai contoh, Malasyia merupakan sebuah negara berdaulat dengan penduduk tetap yang berbilang agama dan kaum. Mereka terdiri daripada kaum Melayu,kaum India, kaum Cina, bumiputera dan lain – lain lagi. 

Sempadan dan wilayah yang jelas dan tetap
Sempadan negara berdaulat haruslah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu dan juga dunia.  Negara berdaulat ini juga berkuasa penuh ke tas ruang udara dan kawasan perairan negara tersebut. Kuasa autonomi ini haruslah dihormati oleh negara asing. Kerajaan negara berdaulat ( Malaysia ) berhak menetang sebarang tindakan pencerobohan ke atas sempadannya kerana ia merupakan satu tindakan yang mencabul kedaulatan negara.Keluasan sempadan negara juga akan mempengaruhi kuasa poltik, kuasa ekonomi dan juga perundangan

Idoleogi yang tersendiri 
Ideologi merupakan satu bentuk pemikiran / kepercayaan yang merupakan asas kepada tingkah laku individu, masyarakat dan juga negara. Ideologi di peringkat negara pula merujuk kepada kepercayaan yang menjadi pemangkin gerakan sosial dan politik. Sebagai contoh, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan ideologi berbentuk demokrasi berparlimen. 

Wujudnya Sebuah Kerajaan 
Kerajaan yang wujud merupakan sebuah kerajaan yang teratur dan sistematik dengan penguatkuasaan undang – undang berlangsung sepanjang masa.
Kerajaan ditubuhkan berlandaskan sistem pemerintahan sesebuah negara. 

Pentadbiran dan tindakan kerajaan juga adalah berlandaskan perlembagaan dan  lunas undang – undang yang sah. Pertukaran kerajaan adalah melalui pilihan raya. 

Negara yang Berdaulat, Legitimasi ,keabsahan dan Berwibawa.

Legitimasi sesebuah negara dalah bersandarkan kepada kebebasan negar dalam menentukan bentuk dan corak pemerintahan tanpa campur tangan kuasa asing. Pentadbiran negara juga dapat mengawal selia hal ehwal dalam negera dan kebebasan dalam hubungan diplomati denga negara lain. 

Ciri -Ciri Negara Berdaulat yang terdapat pada negara Malaysia:
-simbol kenegaraan
-diiktiraf dunia 
-penduduk pelbagai kaum 
-wujudnya pengasingan kuasa 
-perlembagaan dan undang - undang tersendiri 
-ideologi tersendiri 
-demokrasi berparlimen 
-kerajaan persekutuan 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Mempelajari, mendalami dan menghayati pengertian sejarah Malaysia tanah air kita. 

    Archives

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    November 2022

    Categories

    All
    Sejarah Malaysia
    SPM Kebangkitan Nasionalisme
    SPM Sejarah Warisan Negara Bangsa
    SPM Sejarah - Warisan Negara Bangsa
    STPM Pengajian Am Semester 1 Malaysia Negara Berdaulat

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly
  • Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets