Ciri – ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka merupakan contoh negara bangsa kerana memenuhi ciri – ciri negara bangsa seperti kewujudan sebuah kerajaan, kedaulatan, undang – undang ,rakyat, lambang kebesaran dan wilayah pengaruh. Raja juga dikenali sebagai sultan selepas kedatangan Islam di Tanah Melayu. Raja dikenali sebagai pemerintah tertinggi dan dibantu oleh para pembesar melalui Sistem Pembesar Empat Lipatan. Dengan adanya raja maka tertubuhnya sebuah kerajaan. Kedaulatan membawa pengertian lambang kuasa tertinggi dan hak mutlak sultan dalam megawal wilayah pengaruh dan rakyat. Sebagai tanda pengiktirafan terhadap kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka yang bebas daripada campur tangan kuasa asing, kerajaan Dinasti Ming telah meghantar Laksamana Cheng Ho bagi menjalinkan hubungan antara Cina dan Melaka. Melaka mempunyai dua undang – undang bertulis yang utama iaitu Undang – Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Penggubalan undang – undang ini adalah untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan, menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang unggul serta melindungi rakyat. Kewujudan undang – undang ini merupakan antara ciri – ciri utama negara bangsa. Lambang kebesaran sering dikaitkan dengan penggunaan warna, regalia, nobat dan juga cap mohor.Lambang kebesaran ini merupakan simbol kedaulatan, keistimewaan dan identiti sultan yang memerintah. Sebagai contoh penggunaan cop mohor adalah untuk mengesahkan arahan daripada sultan. Wilayah pengaruh merupakan kawasan pemerintahan raja yang diperakui dan diterima oleh rakyat. Wilayah pengaruh ini diperolehi melalui perkahwinan, naungan dan penaklukan. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas meliputi semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur sumatera Akhir sekali, ciri sesebuah negara bangsa juga merangkumi kewujudan rakyat yang menumpahkan kesetiaan kepada Sultan dan sentiasa patuh kepada undang – undang. Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua kelompok rakyat iaitu Orang Melayu dan Orang Laut.Selain itu rakyat juga diklasifikasikan kepada golongan merdeka dan hamba. Persefahaman dan kesejahteraan antara dapat dicapai melalui hubungan timbal balik antara pemerintah dan rakyat.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorMempelajari, mendalami dan menghayati pengertian sejarah Malaysia tanah air kita. Archives
March 2023
Categories
All
|