Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang – Undang (Sistem Pentadbiran)
Pembesar empat lipatan adalah terma yang diguna apabila menyentuh tentang sistem pentadbiran pada masa Kesultanan Melayu Melaka yang lengkap dan tersusun. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu ini adalah terbahagi kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran jajahan. Kekuasaan Sultan Melaka meliputi aspek peperangan, pemerintahan, agama dan hubungan diplomatik. Sultan Melaka memerintah dengan mendapat bantuan oleh Pembesar berempat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembersar berempat ini terlibat dalam pentadbiran pusat dan mempunyai tugas masing – masing. Bendahara merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera dan ketua pentadbir yang juga betugas menasihati sultan dan pemangku sultan. Selain Bendahara, tugas berkaitan keselamatan dan pertahanan di Melaka juga digalas oleh Temenggung yang menjaga keselamatan kota Melaka dan Laksamana yang merupakan panglima angkatan laut Melaka. Pendapatan Kesultanan Melayu Melaka adalah berpunca daripada cukai, perdagangan dan ufti dari wilayah naungan dan taklukan. Penghulu bendahari adalah bertanggunjawab dalam hal ini untuk mengurus sistem kewangan, pendapatan serta perbendaharaan negeri dengan teratur. Syahbandar pula terlibat dalam usaha pemungutan cukai. Pembesar berempat diberi kuasa oleh Sultan Melaka untuk mentadbir wilayah, pulau atau sungai yang juga dikenali sebagai kawasan pegangan. Selain itu, pembesar – pembesar lain terdiri daripada Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, Hulubalang dan Penghulu. Selain pentadbiran pusat, sistem pentadbiran Melaka juga meliputi pentadbiran jajahan. Pentadbiran peringkat jajahan ini meliputi kawasan daerah dan kampung yang ditadbir oleh pembesar. Pembesar ini dilantik oleh Sultan dan Pembesar Berempat dan ditugaskan untuk menjaga keamanan dan mengutip cukai.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorMempelajari, mendalami dan menghayati pengertian sejarah Malaysia tanah air kita. Archives
March 2023
Categories
All
|