STPM Pengajian Am Semester 1 – Sistem Pemerintahan Malaysia
Sistem Pemerintahan di Malaysia adalah berasakan demokrasi berparlimen, raja berpelembagaan dan doktrin pengasingan kuasa. Yang DiPertuan Agong merupakan ketua negara dalam sistem beraja di Malaysia. Perkara 1 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Persekutuan. Terdapat lima elemen penting dalam sistem Kerajaan Persekutuan: -Yang DiPertuan Agong -Majlis Raja – Raja -Ketua Audit Negara -Suruhanjaya Perkhidmatan -badan pemerintahan ( badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif Dalam sistem Kerajaan Persekutuan terdapat tiga peringkat pentadbiran kerajaan iaitu: -Peringkat Persekutuan atau Pusat ( Federal Government) -Peringkat Negeri ( State Government) -Peringkat Kerajaan Tempatan ( local Government)
0 Comments
STPM Pengajian Am Semester 1 – Perlembagaan dan Kestabilan Sosial
Perlembagaan Persekutuan merupakan medium untuk menyelesaikan masalah. Perlembagaan menetapkan garis panduan , hak dan tanggungjawab setiap rakyat. Sebarang masalah, isu atau kemusykilan akan dirujuk kepada perlembagaan. Dari segi sejarah, perlembagaan lahir melalui komitmen antara kaum yang dikenali sebagai kontrak sosial. Semangat tolak ansur antara kaum Melayu, Cina dan India serta kaum – kaum lain dan seterusnya kaum bumiputera Sabah dan Sarawak menyebabkan lahirnya perlembagaan. STPM Pengajian Am Semester 1 - Perlembagaan Persekutuan Menjamin Kestabilan Politik
Perlembagaan menjamin kestabilan politik. Apakah itu politik? Politik merupakan ilmu berkaitan tentang kuasa, kaedah mendapatkan kuasa dan kaedah menggunakan kuasa. Perlembagaan Persekutuan menjamin kestabilan politik melalui fungsi perlembagaan sebagai sumber rujukan jika berlaku percanggahan. Perlembagaan menjadi garis panduan dalam perlaksanaan tugasan badan pemerintah dan perlaksanaan urus tadbir yang cekap. Semua pihak dapat menikmati keadilan dan hak – hak rakyat terpelihara melalui perlembagaan. Melalui senarai tugas dan kuasa yang diamanahkan kepada badan pemerintah oleh Perlembagaan Persekutuan , keadaan ini dapay mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa. Perlembagaan Persekutuan juga turut memperkenalkan konsep pengasingan kuasa. Doktrin pengasingan kuasa dapat mengelakkan salah guna kuasa selain menjamin kecekapan sistem pemerintahan di Malaysia serta mengelakkan gangguan kelancaran pentadbiran di Malaysia. STPM Pengajian Am Semester 1 - Perlembagaan Persekutuan teras Perpaduan
Perlembagaan dilihat sebagai teras perpaduan kerana Perlembagaan Persekutuan berfungsi dalam menjamin hubungan antara kaum, memperkukuhkan perpaduan nasional dan meningkatkan semangat patriotisme. Hubungan antara kaum dapat dipertingkatkan melalui Perlembagaan Persekutuan di mana terdapat Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh dan menjaimn hubungan antara kaum. Kepentingan semua kaum turut dilinduing melalui Perlembagaan Persekutuan. Garis panduan yang tersedia dalam Perlembagaan Persekutuan perlu difahami dan dihormati oleh semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan pangkat. Dengan ini agenda memperkukuhkan perpaduan nasional dapat dilaksanakan. Walaupun Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang agama, bangsa dna kepercayaan , semangat patriotic masih dapat disuntik melalui perlembagaan yang menerapkan nilai – nilai murni dalam kalangan rakyat dan melahirkan masyarakat yang cintakan negara. STPM Pengajian Am Semester 1 – Perlembagaan Menjamin Keamanan Negara
Keamanan negara terjamin dengan memelihara keselamatan rakyat. Keselamatan rakyat terpelihara melalui penguatkuasaan undang – undang yang tercatat sebagai salah satu Perkara di dalam Perlembagaan Penguatkuasaan undang – undang ini diharap dapat memelihara dan menjamin keselamatan setiap warganegara. Keamanan juga dapat dikekalkan melalui kesejahteraan rakyat Perlembagaan Persekutuan merupakan asas penting dalam memacu pertumbuhan hidup rakyat dalam segenap aspek. Kepetingan semua kaum dan agama sentiasa terpelihara melalui keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan juga menentukan garis panduan serta tanggungjawab semua pihak serta melindungi kepentingan rakyat. Peruntukan ini dapat menjamin keamanan negara. Kewujudan Perlembagaan Persekutuan juga merupakan simbol jati diri bangsa Malaysia yang digubal berasaskan semangat Malaysia dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana – mana kuasa asing. Tanah Rizab Melayu
Peruntukan Tanah rizab melayu ada disebut dalam perlembagaan. Tanah rizab Melayu yang telah diambil untuk dibangunkan oleh kerajaan haruslah diganti. Tujuan wujudnya tanah rizab Melayu adalah disebabkan oleh kerajaan British yang ingin menjamin hak pemilikan tanah orang Melayu dibandar. Ini disebabkan oleh tindakan Inggeris ketika penjajahan di mana tanah orang Melayu telah diambil. Bangsa Melayu
Berdasarkan sejarah kewujudan pentas benua, bangsa Melayu merupakan penduduk tempatan yang membentuk kumpulan Melayu Nusantara. Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan memberi definsi orang Melayu sebagai: -beragama Islam -berketurunan Melayu -bertutur dalam bahasa Melayu -Mengamalkan adat dan budaya Melayu Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu merupakan Bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan Bahasa Melayu tidak boleh dipertikaikan dan tertakluk pada Akta Hasutan. Namun, bahasa lain masih boleh dipelajari. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan. Penggunaan bahasa rasmi ini dikecualikan dalam: -perhubungan antarabangsa -nasihat perundangan -latihan oleh pakar antarabangsa -kerja dan aktiviti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Pindaan terhadap Bahasa Melayu hanya boleh dilakukan dengan mendapat persetujuan daripada Majlis Raja – Raja dan sokongan 2/3 daripada Ahli Parlimen. (Perkara 159(5)) Agama Bagi Persekutuan
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama islam merupakan agama bagi Persekutuan Malaysia. Agama lain boleh diamalkan oleh penganutnya Yang DiPertuan Agong adalah ketua agama di negeri baginda sendiri, Wilayah Persekutuan dan di negeri- negeri tidak beraja yang alin. Sultan / Raja mempunyai kuasa dan ketua agama di negeri masing – masing. STPM Pengajian Am Semester 1 -Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak5/24/2022 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyediakan beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Antara keistimewaan tersebut adalah: -peruntukan pembiayaian pendidikan -menyediakan kuota paa kadar tertentu kepada orang Melayu dan bumiputera untuk mendapatkan tempat di institusi pendidikan -memberikan peluang kepada orang Melayu dan bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. -peruntukan jawatan dalam perkhidmatan awam. -peruntukan kuota permit dan lessen bagi memberi peluang kepada kaum Melayu dan bumiputera terlibat dalam aktiviti perniagaan -peruntukan kuota seperti kuota pemberian kontrak perbekalan dalam perlaksanaan dasar-dasar kerajaan dan perakuan tanah rizab bagi kaum Melayu dan Bumiputera. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|