Terdapat tiga kategori manusia iaitu pemegang saham, pengurus dan pekerja.
Pemegang saham merupakan individu yang menyumbang modal perniagaan bagi membiayai aktiviti perniagaan yang dijalankan. Pengurus merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan secara efektif pekerja di sesebuah organisasi dan juga memaksimumkan keuntungan pemegagn saham. Pekerja merupakan individu yang menyumbang tenaga secara fizikal dan mental untuk melaksanakan aktiviti sesebuah organisasi seperti yang telah diatur.
0 Comments
Apakah itu organisasi?
Organisasi berdasarkan Buchanan D dan Huczynski ialah gabungan manusia yang melakukan aktiviti dengan niat untuk mencapai matlamat atau objektif yang telah ditetapkan dalam perancangan. Terdapat lima komponen utama dalam sesebuah organisasi.Berdasarkan Mintzberg, komponen - komponen itu terdiri daripada manusia, matlamat atau objektif, struktur organisasi, aktiviti atau kawalan. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|