Takrifan Ekonomi
Apakah ekonomi ? Ekonomi berasal daripada perkataan Greek iaitu oikou dan nomos yang membawa maksud is rumah dan peraturan. Oikou = isi rumah Nomos= peraturan Ekonomi mengkaji bagaimana manusia menguruskan sumber eknomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Ilmu ekonomi adalah cabang kajian sains sosial yang menyentuh tentang bagaimana manusia mengaghkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Sumber ekonomi ini dikenali juga sebagai faktor pengeluaran atau input pengeluaran.
0 Comments
Faktor Pengeluaran
Faktor pengeluaran digunakan dalam proses pengeluaran sesuatu barang atau perkhidmatan. Faktor pengeluaran turut dikenali sebagai sumber ekonomi, sumber pengeluaran atau input pengeluaran. Faktor pengeluaran terdiri daripada modal, buruh, tanah dan usahawan. Konsep Kekurangan
Kekurangan berlaku apabila barang atau perkhidmatan yang dIberi adalah terhad manakala kehendak manusia adalah tidak terhad. Barang atau perkhidmatan yang terhad ini adalah disebabkan oleh sumber ekonomi, sumber semula jadi, tenaga buruh dan masa yang terhad. Kekurangan akan menyebabkan wujudnya pilihan. Pilihan harus dibuat dalam memilih barang atau perkhidmatan yang diperlukan. Pilihan yang harus dibuat menyebabkan wujudnya isu kos lepas. Kos lepas adalah pulangan yang mungkin daripada barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang harus dilepaskan disebabkan oleh pilihan yang terpaksa dibuat akibat kekurangan seperti faktor –faktor pengeluaran. Kekurangan menyebabkan pilihan yang kemudian menyebabkan berlakunya kos lepas. |
AuthorAnything you need to know about finance, money and business Archives
May 2023
Categories
All
|