• Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets

Kembara's financial solutions

SPM Ekonomi -Sistem Ekonomi Pasaran Bebas

12/25/2022

0 Comments

 
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas

Sistem ini turut dikenali sebagai laissez faire atau sistem ekonomi kapitalis. 

Definisi bebas membawa maksud pengguna dan pengeluar bebas membuat keputusan ekonomi tanpa campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan masalah ekonomi . 

Sistem ekonomi ini diamalkan oleh negara seperi Amerika Syarikat. 

Sistem ekonomi pasaran bebas dapat memberi jaminan kepuasan individu dan masyarakat pada satu tahap yang maksimum dan kegiatan ekonomi dapat dijalankan dengan bebas tanpa sekatan. Ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat di antara pengeluar dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pengguna dan menjamin keuntungan serta menjimatkan kos. 

Pada masa yang sama ini akan dapat meningkatkan lagi perkembagan teknologi dan inovasi dalam pengurusan sumber / faktor pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan meningkatkan keuntungan. 

Di sebalik kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas, terdapat juga beberapa keburukan yang harus difikirkan. 

Sistem ekonomi pasaran bebas akan menyebabkan kesan luaran negatif  yang tidak diambil kira. Sebagai contoh, pencemaran alam( udara, air atau bunyi) yang mungkin berlaku akibat proses pengeluaran tidak dipedulikan kerana objektif pengeluar adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran. 

Persaingan akan berlaku antara pengeluar – pengeluar. Kesan daripada persaingan ini akan menyebabkan pengeluar / firma kecil akan ketinggalan dari segi persaingan kerana kurangnya faktor pengeluaran seperti modal,buruh dan tanah. Firma- firma besar akan mudah menguasai pasaran yang akhhirnya akan memberi mereka kuasa monopoli. 

Kuasa monopoli adalah kuasa yang dimiliki oleh firma yang bebas menentukan harag atau kuantiti / jumlah barang yang akan dikeluarkan. Keadaan ini akan menindas pengguna apabila firma ini memikirakan usaha untuk memaksiumkan keuntungan dengan menaikkan harga barang. 



Masyarakat juga akan menjadi materialistik dan mementingkan kebendaan dan sentiasa berusaha untuk mencari kekayaaan kerana dengan pendapatan yang tinggi mereka dapat memenuhi keperluan meraka. Ini disebabkan corak agihan barang atau perkhidmatan bergantung kepada kuasa beli pengguna. 

Jurang pendapatan juga akan semakin meluas antara golongan kaya dan golongan miskin. Golongan kaya akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mengumpul kekayaan.

Mewujudkan keadaan ekonomi yang tidak stabil apabila harga barang turun naik akibat perubahan permintaan dan penawaran yang mendorong kepada inflasi dan deflasi. 

Pengeluar 
Pengeluar bebas memilih barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan bagi memaksiumkan keuntungan. 
Faktor pengeluaran bebas dimiliki oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan.

Pengeluar juga bebas membuat keputusan dalam peruntukan faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memaksimumkan keuntungan. 

Dari aspek pengeluar mereka bebas memilih teknik atau kaedah pengeluaran yang paling efektif dan cekap yanf dapat meminimukan kos pengeluaran. 


Pengguna 
Pilihan bebas terdapat pada pengguna pula dalam memilih barang atau perkhidmatan yang dikehendaki bagi memaksimumkan kepuasan. 



-
Picture
0 Comments

SPM Ekonomi - Pengenalan Kepada Ekonomi - Masalah Asas Ekonomi

12/25/2022

0 Comments

 
Masalah Asas Ekonomi
Masalah asas ekonomi meliputi
-apa yang hendak dikeluarkan 
-berapa yang hendak dikeluarkan 
-bagaimana hendak dikeluarkan 
-untuk siapa dikeluarkan 

Apa yang hendak dikeluarkan 
Ini merangkumi barang atau perkhidmatan yang hendak dihasilkan. 
Permintaan masyarakat memainkan peranan penting kerana barang atau perkhidmatan yang dikeluarakan akan mencapai keuntungan yang maksimum jika dikehendaki oleh masyarakat. 

Berapa yang hendak dikeluarkan 
Agak penting merancang jumlah /kuantiti /bilangan barang atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan bagi menggelakkan longokan, atau lebihan atau kekurangan sesuat barang atau perkhidmatan. 

Jumlah barang yang hendak dikeluarkan adalah bergantung kepada permintaan masyarakat dan faktor faktor pengeluaran ( usahawan, modal, tanah dan buruh) 

Bagaimana hendak dikeluarkan 
Pengeluar harus memlih cara/teknik /kaedah pengeluaran yang diperlukan oleh pengeluar bagi menghasikan sesuatu barang atau perkhidmatan dengan harapan agar dapat memaksimumkan keuntungan dan pada masa yang sama meminimumkkan kos pengeluaran. 


Kaedah/teknik/cara yang boleh digunakan merujuk kepada teknik/kaedah atau cara berintensifkan modal atau berintensifkan buruh. 

Untuk Siapa dikeluarkan 
Pengeluar harus peka untuk siapa perkhidmatan atau barang dikeluarkan. 
Barang atau perkhidmatan dikeluarkan berasakan corak agihan barang atau perkhidmatan. 
Corak agihan barang atau perkhidmatan bergantung kepada kuasa beli dan pendapatan masyarakat. 
Picture
0 Comments

SPM Ekonomi - Pengenalan Kepada Ekonomi - Keluk Kemungkinan Pengeluaran

12/16/2022

0 Comments

 
​Keluk kemungkinan Pengeluaran 

Keluk Kemungkinan Pengeluaran adalah batasan maksimum kuantiti dua jenis  barang yang dapat dikeluarkan dengan tingkat teknologi yang tetap dan kuantiti faktor – faktor pengeluaran yang terhad. 

Keluk Kemungkinan Pengeluaran atau KKP adalah kombinasi maksimum kuantiti barang atau perkhidmatan yang dapat dikeluarkan melalui penggunaan sejumlah faktor – faktor pengeluaran tertentu. 


Andaian – andaian yang dibuat melalui keluk kemungkinan pengeluaran adalah: 
-Penghasilan dua jenis barang sahaja dalam sistem ekonomi 
-faktor – faktor pengeluaran yang terhad dan tetap 
-ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh 
-tingkat teknologi yang tetap 

Titik A merujuk kepada faktor pengeluaran yang masih tidak digunakan dengan sepenuhnya dalam satu ekonomi atau disebabkan oleh masalah seperti pengangguran. 

Titik B,C, dan D menunjukan faktor- faktor pengeluaran telah digunakan dengan sepenuhnya dan berada dalam keadaan yang cekap. 

Titik E menunjukan keadaan ketidak upayaan  ekonomi kerana faktor pengeluaran yang tidak cukup dan tingkat teknologi yang tetap. Bagi mencapai titik E, kerajaan perlu meningkatakan tingkat ekonomi dan menambah faktor – faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran. 

Pergerakan dari titik B ke C dan dari titik C ke D menunjukan pilihan yang terpaksa dibuat dan melibatkan kos lepas oleh sesuatu firma. 
Picture
0 Comments

SPM Ekonomi - Pengenalan Kepada Ekonomi - Usahawan sebagai Faktor Pengeluaran

12/9/2022

0 Comments

 
​Faktor Pengeluaran – Usahawan 
Siapakah usahawan? 
Usahawan adalah mereka yang merancang, mengurus dan menaggung risiko dalam proses pengeluaran sesuatu barang atau perkhidmatan..
Usahawan akan menggabungkan, meyelarasakan dan menyelia penggunaan faktor – faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal dalam penghasilan barang atau perkhidmatan. 
Usahawan haruslah mempunyai sikap –sikap seperti, rajin, kreatif, inovatif, gigih berusaha dan menepati masa selain berani menghadapi risiko. 
Ganjaran kepada usahawan adalah keuntungan.
Picture
0 Comments

SPM Ekonomi - Pengenalan Kepada Ekonomi- Modal Sebagai Faktor Pengeluaran

12/9/2022

0 Comments

 
​Faktor Pengeluaran –Modal 
Modal terdiri daripada alat ciptaan manusia untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan. 
Modal termasuklah bangunan, mesin, kilang atau jentera. 
Modal dapat dibahagikan berasakan mobiliti geografi. Modal yang mempunyai mobiliti geografi yang tinggi dapat digerakan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti mesin dan jentera.
Modal yang mempunyai mobility geografi yang rendah adalah modal yang tidak boleh digerakn seperti bangunan atau kilang. 
Ganjaran kepada pemilik modal adalah faedah. 
Picture
0 Comments

SPM Ekonomi -Pengenalan Kepada Ekonomi- Tanah Sebagai Faktor Pengeluaran

12/9/2022

0 Comments

 
​Faktor Pengeluaran –Tanah
Tanah meliputi sumber semula jadi atau sumber daripada alam semula jadi. 
Tanah terbahagi kepada dua iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. 
Sumber yang boleh diperbaharui adalah lautan, pasir, udara, angina, tenaga solar dan lain –lain lagi. 
Sumber yang tidak boleh diperbaharui adalah logam mineral seperti besi, bijih timah dan juga sumber seperti gas asli atau petroleum. 
Pemilik tanah boleh menerima ganjaran melalui sewa. 


Picture
0 Comments

SPM Ekonomi - Pengenalan Kepada Ekonomi - Buruh sebagai Faktor Pengeluaran

12/9/2022

0 Comments

 
​Faktor Pengeluaran – Buruh 
Buruh terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir 
Buruh mahir adalah terlatih dan berpendidikan dalam bidang tertentu seperti jurutera, perubatan, perakaunan, kewangan dan lain – lain lagi 
Buruh tidak mahir adalah tidak berpendidikan dan terdiri daripada buruh dalam bidang perladangan, perindustrian dan juga pembinaan. 
Secara amnya buruh menyumbang tenaga fizikal dan/ atau mental dalam menyediakan perkhidmatan atau menghasilan barang. 
Buruh dibayar dengan gaji atau upah sebagai sumber pendapatan. 
Picture
0 Comments

SPM Ekonomi - Pengenalan Kepada Ekonomi - Takrifan Ekonomi

12/9/2022

0 Comments

 
​Takrifan Ekonomi 
Apakah ekonomi ? 
Ekonomi berasal daripada perkataan Greek  iaitu oikou dan nomos yang membawa maksud is rumah dan peraturan. 
Oikou = isi rumah 
Nomos= peraturan 
Ekonomi mengkaji bagaimana manusia menguruskan sumber eknomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. 

Ilmu ekonomi adalah cabang kajian sains sosial yang menyentuh tentang bagaimana manusia mengaghkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Sumber ekonomi ini dikenali juga sebagai faktor pengeluaran atau input pengeluaran. 
Picture
0 Comments

SPM Ekonomi - Pengenalan Kepada Ekonomi - Faktor Pengeluaran

12/8/2022

0 Comments

 
Faktor Pengeluaran 
Faktor pengeluaran digunakan dalam proses pengeluaran sesuatu barang atau perkhidmatan. 
Faktor pengeluaran turut dikenali sebagai sumber ekonomi, sumber pengeluaran atau input pengeluaran. 
Faktor pengeluaran terdiri daripada modal, buruh, tanah dan usahawan. 
Picture
0 Comments

SPM - Pengenalan Kepada Ekonomi - Konsep Kekurangan

12/8/2022

0 Comments

 
​Konsep Kekurangan 
Kekurangan berlaku apabila barang atau perkhidmatan yang dIberi adalah terhad manakala kehendak manusia adalah tidak terhad. 
Barang atau perkhidmatan yang terhad ini adalah disebabkan oleh sumber ekonomi, sumber semula jadi, tenaga buruh dan masa yang terhad. 

Kekurangan akan menyebabkan wujudnya pilihan. 
Pilihan harus dibuat dalam memilih barang atau perkhidmatan yang diperlukan. 

Pilihan yang harus dibuat menyebabkan wujudnya isu kos lepas.

Kos lepas adalah pulangan yang mungkin daripada barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang harus dilepaskan disebabkan oleh pilihan yang terpaksa dibuat akibat kekurangan  seperti faktor –faktor pengeluaran. 

Kekurangan menyebabkan pilihan yang kemudian menyebabkan berlakunya kos lepas. 
Picture
0 Comments
<<Previous

    Author

    Anything you need to know about finance, money and business

    Archives

    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    August 2022
    July 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    October 2021
    August 2021

    Categories

    All
    Acquisition
    Business And Finance Dictionary
    Introduction To Financial Services
    Investment
    Investment Management And Corporate Finance
    Islamic Finance
    Mergers And Acquisitions
    Private Companies
    Public Companies
    Securities And Investment
    SPM Ekonomi Pengenalan Kepada Ekonomi
    Technical Analysis

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly
  • Home
  • Kembara's Health Solutions
  • Kembara's Language Solutions
  • Kembara's Engineering, Scientific and Mathematical Solutions
  • Kembara's Legal Infos
  • Kembara's Financial Solutions
  • Kembara's Computing Solutions
  • Kembara's Psychological Solutions
  • Kembara's Culinary and Travel's Solutions
  • Sejarah Malaysia
  • General Facts
  • About Me
  • Contact
  • The Foundation of Islamic Finance
  • General Facts of Islamic Finance
  • Conventional Banking and Riba( (interest)
  • The Relationship between the Bank, Customers and Users of Fund in Islamic Banking
  • Islamic Insurance Takaful
  • Basic Facts of Islamic Capital Markets