Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Sistem ini turut dikenali sebagai laissez faire atau sistem ekonomi kapitalis. Definisi bebas membawa maksud pengguna dan pengeluar bebas membuat keputusan ekonomi tanpa campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan masalah ekonomi . Sistem ekonomi ini diamalkan oleh negara seperi Amerika Syarikat. Sistem ekonomi pasaran bebas dapat memberi jaminan kepuasan individu dan masyarakat pada satu tahap yang maksimum dan kegiatan ekonomi dapat dijalankan dengan bebas tanpa sekatan. Ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat di antara pengeluar dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pengguna dan menjamin keuntungan serta menjimatkan kos. Pada masa yang sama ini akan dapat meningkatkan lagi perkembagan teknologi dan inovasi dalam pengurusan sumber / faktor pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan meningkatkan keuntungan. Di sebalik kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas, terdapat juga beberapa keburukan yang harus difikirkan. Sistem ekonomi pasaran bebas akan menyebabkan kesan luaran negatif yang tidak diambil kira. Sebagai contoh, pencemaran alam( udara, air atau bunyi) yang mungkin berlaku akibat proses pengeluaran tidak dipedulikan kerana objektif pengeluar adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran. Persaingan akan berlaku antara pengeluar – pengeluar. Kesan daripada persaingan ini akan menyebabkan pengeluar / firma kecil akan ketinggalan dari segi persaingan kerana kurangnya faktor pengeluaran seperti modal,buruh dan tanah. Firma- firma besar akan mudah menguasai pasaran yang akhhirnya akan memberi mereka kuasa monopoli. Kuasa monopoli adalah kuasa yang dimiliki oleh firma yang bebas menentukan harag atau kuantiti / jumlah barang yang akan dikeluarkan. Keadaan ini akan menindas pengguna apabila firma ini memikirakan usaha untuk memaksiumkan keuntungan dengan menaikkan harga barang. Masyarakat juga akan menjadi materialistik dan mementingkan kebendaan dan sentiasa berusaha untuk mencari kekayaaan kerana dengan pendapatan yang tinggi mereka dapat memenuhi keperluan meraka. Ini disebabkan corak agihan barang atau perkhidmatan bergantung kepada kuasa beli pengguna. Jurang pendapatan juga akan semakin meluas antara golongan kaya dan golongan miskin. Golongan kaya akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mengumpul kekayaan. Mewujudkan keadaan ekonomi yang tidak stabil apabila harga barang turun naik akibat perubahan permintaan dan penawaran yang mendorong kepada inflasi dan deflasi. Pengeluar Pengeluar bebas memilih barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan bagi memaksiumkan keuntungan. Faktor pengeluaran bebas dimiliki oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan. Pengeluar juga bebas membuat keputusan dalam peruntukan faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memaksimumkan keuntungan. Dari aspek pengeluar mereka bebas memilih teknik atau kaedah pengeluaran yang paling efektif dan cekap yanf dapat meminimukan kos pengeluaran. Pengguna Pilihan bebas terdapat pada pengguna pula dalam memilih barang atau perkhidmatan yang dikehendaki bagi memaksimumkan kepuasan. -
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorAnything you need to know about finance, money and business Archives
May 2023
Categories
All
|