Masalah Asas Ekonomi
Masalah asas ekonomi meliputi -apa yang hendak dikeluarkan -berapa yang hendak dikeluarkan -bagaimana hendak dikeluarkan -untuk siapa dikeluarkan Apa yang hendak dikeluarkan Ini merangkumi barang atau perkhidmatan yang hendak dihasilkan. Permintaan masyarakat memainkan peranan penting kerana barang atau perkhidmatan yang dikeluarakan akan mencapai keuntungan yang maksimum jika dikehendaki oleh masyarakat. Berapa yang hendak dikeluarkan Agak penting merancang jumlah /kuantiti /bilangan barang atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan bagi menggelakkan longokan, atau lebihan atau kekurangan sesuat barang atau perkhidmatan. Jumlah barang yang hendak dikeluarkan adalah bergantung kepada permintaan masyarakat dan faktor faktor pengeluaran ( usahawan, modal, tanah dan buruh) Bagaimana hendak dikeluarkan Pengeluar harus memlih cara/teknik /kaedah pengeluaran yang diperlukan oleh pengeluar bagi menghasikan sesuatu barang atau perkhidmatan dengan harapan agar dapat memaksimumkan keuntungan dan pada masa yang sama meminimumkkan kos pengeluaran. Kaedah/teknik/cara yang boleh digunakan merujuk kepada teknik/kaedah atau cara berintensifkan modal atau berintensifkan buruh. Untuk Siapa dikeluarkan Pengeluar harus peka untuk siapa perkhidmatan atau barang dikeluarkan. Barang atau perkhidmatan dikeluarkan berasakan corak agihan barang atau perkhidmatan. Corak agihan barang atau perkhidmatan bergantung kepada kuasa beli dan pendapatan masyarakat.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorAnything you need to know about finance, money and business Archives
May 2023
Categories
All
|