Keluk kemungkinan Pengeluaran
Keluk Kemungkinan Pengeluaran adalah batasan maksimum kuantiti dua jenis barang yang dapat dikeluarkan dengan tingkat teknologi yang tetap dan kuantiti faktor – faktor pengeluaran yang terhad. Keluk Kemungkinan Pengeluaran atau KKP adalah kombinasi maksimum kuantiti barang atau perkhidmatan yang dapat dikeluarkan melalui penggunaan sejumlah faktor – faktor pengeluaran tertentu. Andaian – andaian yang dibuat melalui keluk kemungkinan pengeluaran adalah: -Penghasilan dua jenis barang sahaja dalam sistem ekonomi -faktor – faktor pengeluaran yang terhad dan tetap -ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh -tingkat teknologi yang tetap Titik A merujuk kepada faktor pengeluaran yang masih tidak digunakan dengan sepenuhnya dalam satu ekonomi atau disebabkan oleh masalah seperti pengangguran. Titik B,C, dan D menunjukan faktor- faktor pengeluaran telah digunakan dengan sepenuhnya dan berada dalam keadaan yang cekap. Titik E menunjukan keadaan ketidak upayaan ekonomi kerana faktor pengeluaran yang tidak cukup dan tingkat teknologi yang tetap. Bagi mencapai titik E, kerajaan perlu meningkatakan tingkat ekonomi dan menambah faktor – faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran. Pergerakan dari titik B ke C dan dari titik C ke D menunjukan pilihan yang terpaksa dibuat dan melibatkan kos lepas oleh sesuatu firma.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorAnything you need to know about finance, money and business Archives
May 2023
Categories
All
|