Konsep Kekurangan
Kekurangan berlaku apabila barang atau perkhidmatan yang dIberi adalah terhad manakala kehendak manusia adalah tidak terhad. Barang atau perkhidmatan yang terhad ini adalah disebabkan oleh sumber ekonomi, sumber semula jadi, tenaga buruh dan masa yang terhad. Kekurangan akan menyebabkan wujudnya pilihan. Pilihan harus dibuat dalam memilih barang atau perkhidmatan yang diperlukan. Pilihan yang harus dibuat menyebabkan wujudnya isu kos lepas. Kos lepas adalah pulangan yang mungkin daripada barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang harus dilepaskan disebabkan oleh pilihan yang terpaksa dibuat akibat kekurangan seperti faktor –faktor pengeluaran. Kekurangan menyebabkan pilihan yang kemudian menyebabkan berlakunya kos lepas.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorAnything you need to know about finance, money and business Archives
May 2023
Categories
All
|