SPM - Pengenalan Kepada Ekonomi - Sistem Ekonomi Campuran
Malaysia merupakan negara di mana sistem ekonomi campuran diperkenalkan. Dalam Sistem Ekonomi Campuran, kerajaan hanya akan campur tangan apabila berlakunya penyelewengan serta ketidakdilan dalam sebarang bentuk aktiviti ekonomi. Kerajaan akan campur tangan dengan mengawal harga barang dan perkhidmatan, merapatkan jurang pendapatan rakyat, menyediakan barangan awam, melaksanakan program ekonomi awam dengan matlamata untuk menstabilkan ekonomi. Walau bagaimanapun, pengeluar dan pengguna masih bebas dalam memilih factor pengeluaran jika tiada sebarang unsur ketidakadilan ekonomi dalam penghasilan barang atau penyediaan perkhidmatan. Kerajaan akan mengambil bahagian dalam sektor ekonomi dengan memaksimumkan kebajikan rakyat dengan menyediakan barangan atau perkhidmatan awam. Keputusan ekonomi berada pada pengguna dan pengeluar dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Pengeluar dapat bersaing bagi memilih dan memastikan penghasilan barang atau perkhidmatan yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan. Pengguna bebas memilih pengeluaran barang dan perkhidmatan. Selain bebas memilih teknik serta kaedah pengeluaran yang cekap dan efektif dalam memberi perkhidmatan atau menghasilkan barang secara berintensifkan buruh atau modal. Pengguna bebas menentukan dan memilih jenis barangan atau perkhidmatan yang diperlukan bagi memaksimumkan kepuasan. Walau bagaimanapun, kebebasan pengeluar dan pengguna ini dikawal oleh kerajaan berlandaskan undang – undang dan peraturan. Penyelesaian Masalah Ekonomi Bagi Sistem Ekonomi Campuran Apa yang hendak dikeluarkan? Ia bergantung kepada gabungan kuasa pihak kerajaan dan mekanisme pasaran. Pihak kerajaan akan menyediakan barangan atau perkhidmatan dengan harapan dapat menjamin kebajikan rakyat.(barangan awam) Pihak pengguna bebas menentukan dan memilih barang dan perkhidmatan dengan harapan memaksimumkan kepuasan pengguna.( barangan ekonomi) Pihak pengeluar bebas dalam memilih barangan atau perkhidmatan yang ingin diberi dengan harapan dapat meminimukan kos serta memaksimumkan keuntungan (barangan ekonomi) Bagaimana hendak dikeluarkan? Pihak kerajaan akan memilih teknik pengeluaran barangan awam dengan harapan agara kebajikan rakyat dapat dijaga. Pihak pengeluar akan memlih teknik pengeluaran yang efektif agar dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran bagi barangan ekonomi. Berapa yang hendak dikeluarkan? Kerajaan akan menentukan jumlah barangan awam yang hendak dikeluarkan bersandarkan keperluan rakyat. Pengeluaran barangan ekonomi ditentukan melalui mekanisme pasaran di mana wujudnya interaksi antara permintaan dan penawaran di pasaran. Untuk Siapa Dikeluarkan? Berdasarakn corak agihan pendapatan wang bagi barangan ekonomi. Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan sebaliknya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Pihak kerajaan akan memperkenalkan subsidi atau cukai dalam agihan barangan ekonomi. Bagi barangan awam yang ditentukan oleh pihak kerajaan. Barangan ini akan diagihkan berasaskan kehendak masyarakat secara adil dan saksama.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorAnything you need to know about finance, money and business Archives
May 2023
Categories
All
|