SPM -Pengenalan kepada Ekonomi - Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam pemilikan faktor pengeluaran di samping menentukan barang atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. Cuba adalah antara negara di mana sistem ekonomi perancangan pusat ini digunakan. Kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam penyelesaian masalah asas ekonomi. Kerajaan menentukan apa yang hendak dikeluarkan. Pengguna tidak bebas memilih barang dan perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan. Keadaan ini adalah bagus kerana sumber dapat diperuntukan ke arah kebajikan dan kos sosial diambil kira.Faktor pengeluaran diagihkan melalui kerajaan. Kerajaan juga bersikap lebih ke arah menjaga kebajikan masyarakat dengan menyediakan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, risiko membuat keputusan yang salah adalah besar kerana keputusan ekonomi dibuat oleh pemerintah yang kecil dan ini akan menjejaskan kebajikan rakyat. Selain itu individu tidak mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan kerana keputusan dibuat oleh kerajaan. Pengeluar juga tidak bebas dalam menentukan barang atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan bagi memaksimumkan keuntungan. Keadaan ini akan menyebabkan tidak wujudnya keusahawanaan dan daya inovasi yang kuat kerana tidak wujudnya persaingan. Individu juga kurang motivasi dan intensif untuk bekerja dengan kuat serta tidak mempunyai kuasa untuk mengumpul kekayaan. Kerajaan menentukan jumlah / kuantiti barang yang dikeluarkan agar tiada berlakunya kekurangan atau kelebihan sesuatu barang. Kerajaan akan melakukan aktiviti pengeluaran secara besar – besaran dengan kos pengeluaran yang rendah. Kerajaan lebih cenderung dalam menghasilkan barang atau perkhidmatn dengan menggunakan teknik berintensifkan buruh kerana ia dapat menggurangkan pengangguran, menjamin kebajikan masyarakat dan meminimumkan kos pengeluaran. Kerajaan bersifat kebajikan dan akan berusaha untuk memastikan agar barang diagihkan secara adil kepada semua masyarakat.Harga barang akan dikawal di pasaran agar rakyat mampu membeli barang dan perkhidmatan. Barangan dan perkhidmatan diagihkan secara sama rata dan ini akan mengecilkan jurang pendapatan dalam masyarakat. Penyelesaian Masalah Ekonomi dalam Sistem Kerajaan Pusat. Apa yang hendak dikeluarkan? Ini ditentukan oleh kerajaan. Pengguna dan pengeluar tiada kebebasan dalam memilih barangan atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan dan keuntungan serta meminimumkan kos pengeluaran. Bagaimana hendak dikeluarkan? Kerajaan akan menentukan teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kose pengeluaran dan memaksiumkan kebajikan rakyat. Selalunya teknik pengeluaran berintesifkan buruh merupakan teknik yang diutamakan kerana pada masa yang sama dapat megatasi masalah pengangguran. Berapa yang hendak dikeluarkan? Kerajaan memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah barangan serta perkhidmatan yang hendak dikeluarkan agar tidak berlaku kekurangan atau lebihan barangan di pasaran.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorAnything you need to know about finance, money and business Archives
May 2023
Categories
All
|