Konsep Perlembagaan
Perlembagaan merupakan dokumen undang – undang tertinggi Malaysia yang melindungi rakyat. Perlembagaan Malaysia juga merupakan sumber rujukan perundangan oleh mana- mana badan penggubal undang – undang.
0 Comments
Sejarah Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan merupakan satu set peraturan yang digubal sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan pemerintahan dan memelihara hak rakyat. Perlembagaan merupakan undang – undang tertinggi negara .(“ ketertinggian perlembagaan”) Perlembagaan bukan sahaja menjadi rujukan kepada segala perundangan di Malaysia tetapi merupakan garis panduan utama kepada institusi pemerintahan Malaysia Terdapat 15 bahagian pada perlembagaan Malaysia dengan 183 perkara dan 13 jadual. Tujuan utama adalah agar semua pihak mengenal pasti tanggungjawab masing – masing dan bertindak mengikut garis panduan yang tersedia. Perlembagaan persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid dan kemudiannya mendapat kelulusan daripada Majlis Undangan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berkuatkuasa mulai 27 Ogos 1957 iaitu beberapa hari sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan diperluaskan apabila Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Beberapa perkara ditambah sebagai tambahan khas bagi negeri Sabah dan Sarawak. Kandugan pada perlembagaan boleh dipinda melalui kaedah – kaedah yang terdapat pada perlembagaan itu sendiri. Punca – punca kepada masalah pembentukan integrasi nasional dan perpaduan
Sosial Masih wujud pengasingan masyarakat berasaskan tempat tinggal masing – masing di mana kaum melayu menghuni kawasan kampung melayu, ladang estet dihuni oleh pekerja estet berketurunan india manakala kampong baru dihuni kaum Cina. Perbezaan budaya menyebabkan berlakunya kurang pergaulan dan interaksi sosial.di Malaysia Peranan Media sosial Media sosial dianggap sebagai media yang adakalanya memaparkan isu –isu yang kurang tepat, bersifat perkauman dan hanya tertumpu kepada kepentingan kaum tertentu. Keadaan ini boleh mengeruhkan keadaan antara kaum dan membangkitkan senimen perkauman. Ekonomi Masalah perpaduan juga sering dikaitkan dengan ekonomi. Sejak dari zaman penjajahan British lagi dasar pecah dan perintah telah dilaksanakan. Melalui dasar ini berlakunya pengasingan ekonomi dan tempat tinggal berasaskan kaum. Penguasaan/ monopoli sesuatu bidang perniagaan tertentu menyebabkan kaum lain agak sukar untuk menerokai bidang perniagaan ini. Kaum – kaum dipisahkan oleh pihak British dengan alasan untuk mengelakkan sebarang usaha penyatuan yang boleh menyebabkan penentangan kepada penjajahan. Politik Keadaan politik di Malaysia merupakan cabaran terbesar dalam mencapai perpaduan dan integrasi nasional. STPM Pengajian Am Semester 1 -Mengatasi Masalah Pembentukan Integrasi Nasional dan Perpaduan5/21/2022 Mengatasi Masalah Pembentukan Integrasi Nasional dan Perpaduan
Pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan Aktiviti masyarakat seperti gotong royong atau sambutan hari perayaan dapat meningkatkan lagi interaksi sosial dan merapatkan lagi hubungan etnik. Megatasi Masalah Daripada Aspek Ekonomi Kerjasama antara sektor swasta dan pinak kerajaan perlu memikirkan strategi bagi menyelesaikan isu ekonomi yang dapat memberi kesan kepada integrasi nasional dan perpaduan. Antara perkara –perkara yang boleh dilakukan ialah: -melaksanakan dasar yang dapat membantu masyarakat bumiputera uang majoritinya mempunyai pendapatan per kapita kaum yang rendah berbanding kaum yang lain. -perkongsian pintar pernigaan antara kaum -pemecahan kawalan pemilikan lessen bagi mengelakkan monopoli. Penyelesaian Masalah melalui Politik Parti –parti politik sentiasa mengamalkan toleransi dan mengutamakan kepentingan semua pihak tanpa mengira agama atau bangsa secara menyeluruh. Penguatkuasaan undang – undang Undang – undang dikuatkuasakan bagi membanteras pihak yang cuba untuk memecah belahkan kerukunan masyarakat di Malaysia. Pengenalan Akta Keharmonian Nasional 2012 adalah amat penting kerana hukuman akan dikenakan kepada mereka yang cuba menjejaskan perpaduan negara. Perlaksanaan dasar- dasar yang cekap dan berkesan Dasar – dasar yang digubal haruslah dapat merapatkan hubungan antara kaum. Sebagai contoh Dasar Sukan Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Perpaduan Nasional dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Pengunaan media massa dapat mempromosikan dasar – dasar ini. Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Muhibah Negara juga merupakan antara usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan. Peranan Media Massa Media massa juga mampu mewujudkan perpaduan dan keharmonian serta mengelakkan ketegangan kaum. Pengasingan Kuasa di Malaysia
Terdapat beberapa perbezaan antara pengasingan kuasa di Malaysia dan doktrin pengasingan kuasa secara amnya. Di Malaysia, peguam negara yang berkhdimat sebagai sebahagian daripada badan eksekutif dibenarkan untuk menentukan sesuatu mahkamah untuk membicarakan kes. Di Malaysia juga individu yang terlibat dalam bidang perundangan sebagai contoh ahli Parliamen turut terlibar dalam menjadi anggota kabinet menteri kerajaan persekutuan. Yang DI Pertuan Agong juga berperanan bukan sahaja sebagai ketua negara dan ketua agama islam bagi Wilayah Persekutuan malah juga merupakan ketua dalam badan kehakiman, badan perundangan dan badan eksekutif. Pengagihan Kuasa
Konsep pengagihan kuasa juga dikenali sebagai doktrin pengagihan kuasa. Kuasa harus diagihkan agar tidak berlaku pertindihan kuasa antara badan perundangan, kehakiman dan eksekutif. Ia juga dapat mengelakkan berlakunya keadaan di mana satu badan terbabit menggunakan kuasa yang ada pada badan yang lain. Badan – badan ini juga tidak perlu khuatir berlakunya campur tangan badan- badan lain dan pemusatan kuasa dapat dielakkan. Objektif pengagihan kuasa adalah untuk mengelakan berlakunya pemusatan kuasa pada satu badan sahaja. Selain itu setiap badan tidak boleh memiliki kuasa badan yang lain. Tiada badan yang boleh bertindak melebihi kuasa badan itu sendiri yang diperuntukan oleh perlembagaan. Pengagihan kuasa ini juga membolehkan setiap badan menjalankan tugas dan fungsi masing- masing tanpa gangguan dan pada masa yang sama boleh memantau setiap badan yang lain agar tidak berlaku sebarang pelanggaran kuasa. Seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Pengagihan kuasa ini melibatkan pengagihan tanggungjawab antara tiga badan. Badan – badan tersebut adalah badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Badan perundangan adalah parlimen dan ia terlibat dalam penggubalan undang-undang. Badan eksekutif adalah badan yang menjalankan dan meguruskan pentadbiran negara. Badan eksekutif termasuklah kabinet dan jentera pentadbiran. Badan kehakiman melibatkan mahkamah. Badan kehakiman merupakan badan yang terlibat dalam mengadili sesuatu kes dan memberikan keadilan yang sewajarnya kepada sesuatu pihak. Jenis –jenis sistem kerajaan
Sistem Kerajaan kesatuan merupakan kerajaan di mana kerajaan pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang dominan dan mampu membatalkan keputusan perundangan negeri Sistem Kerajaan Konfederasi merupakan kerajaan di mana kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa yang terhad bagi mengawal hal ehwal yang melibatkan kepentingan bersama. Sistem Kerajaan Persekutuan Sistem kerajaan persekutuan mengamalkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Tanggungjawab kerajaan pusat adalah, kewangan, pendidikan , pertahanan, hubungan luar dan lain lain lagi. Tanggungjawab kerajaan negeri adalah agama, tanah,pentadbiran negeri dan perhutanan.Tanggungjawab ini tidak memerlukan keseragaman antara sesebuah negeri dengan negeri yang lain. Ciri –ciri Negara Berdaulat
Ciri – ciri umum sebuah negara yang berdaulat merangkumi : Sempadan wilayah yang jelas dan tetap -Keluasan sempadan sesebuah negara akan mempengaruhi kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa perudangan. Penduduk yang tetap -penduduk yang tetap dimaksudkan sebagai warganegara sesebuah negara. Wujudnya kerajaan Kerajaan yang wujud merupakan sebuah kerajaan yang teratur. Kerajaan yang teratur adalah kerajaan yang dibentuk berlandaskan system pemerintahan di sesebuah negara. Kerajaan yang teratur ini dbentuk dan ditadbir urus mengikut perlembagaan dan undang – undang negara tersebut. Negara yang berdaulat, legitimasi dan berwibawa Legitimasi sesebuah negara adalah berasaskan kebebasan dalam menentukan segala bentuk dan corak pemerintahan tanpa ganguan atau campur tangan kuasa luar. Ciri-Ciri Negara Malaysia -berbentuk persekutuan -demokrasi berparlimen -ideologi tersendiri -perlembagaan sebagai asas undang – undang tertinggi -konsep pengasingan kuasa -penduduk pelbagai kaum -diiktiraf dunia -simbol kenegaraan Konsep Negara Berdaulat
Konsep negara berdaulat terdiri daripada ciri ciri seperti mencapai kemerderkaan, mempunyai perlembagaan, identity sendiri dan berwibawa. 1) Kemerderkaan membawa pengertian bahawa negara yang bebas daripada cengkaman penjajah. 2) Perlembagaan memainkan peranan penting dalam menjamin kelancaran system pentadbiran negara. 3) Negara harus mempunyai identiti sendiri seperti bendera, rukun negara,lagu negara, jata negara serta ideologi. Malaysia mempunyai identitinya yang tersendiri melalui bendera, jata negara, lagu kebangsaan, rukun negara, bunga kebangsaan dan budaya. 4) Berwibawa membawa konsep sebuah negara yang mempunyai hubungan diplomatk dengan negara luar dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Konsep Negara
Apakah yang dimaksudkan dengan negara? Negara merupakan sebuah wilayah yang didiami oleh penduduk yang menetap, mempunyai sempadan dan ditadbir melalui kerajaan yang sah. Pengesahan sesuatu sempadan itu adalah melalui pengiktrafan undang – undang di peringkat antarabangsa. Sempadan mungkin terdiri daripada tanah daratan atau termasuk dengan kawasan perairan. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|