Perolehan Kewarganegaraan Secara Pendaftaran
Terbahagi kepada tiga iaitu wanita, individu di bawah umur 21 tahun, individu dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu sebelum hari Merdeka ( 31 Ogos 1957) dan individu bermaustatin di Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Wanita -Masih mempunyai suami -suami seorang warganegara pada awal oktober 1962 atau -Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa: -wanita telah bermaustatin selama sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum tarikh permohonan -berniat untuk terus bermaustatin di negara ini -berkelakuan baik / bebas daripada jenayah dan mengangkat sumpah taat setia kepada negara, Yang Di Pertuan Agong dan akan menjadi warganegara yang sebenar, setia dan jujur. Individu di bawah Umur 21 Tahun -Ibu atau bapa pada masa tersebut merupakan seorang warganegara -Kerajaan Persekutuan berpuas hati individu tersebut bermastautin di negara ini -berkelakuan baik Seseorang Dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu sebelum hari Merdeka ( 31 Ogos 1957) -Lahir di mana –mana negeri sebelum 31 Ogos 1957 -dapat membuktikan telah bermaustatin di negara ini lima dari tujuh tahun sebelum permohonan -berniat untuk bermaustatin di negara ini -berpengetahuan Bahasa Melayu secara memandai -berkelakuan baik -melakukan angkat sumpah taat setia kepada negara, Yang Di Pertuan Agong dan menjadi warganegara yang sebenar, setia dan jujur. Seseorang yang bermaustatin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia iaitu pada 16 September 1963. -telah bermaustatin sebelum dan selepas Hari Malaysia -telah bermaustatin selama tujuh daripada sepuluh tahun sebelum permohonan termasuk tempoh 12 bulan sebelum tarikh permohonan -berniat untuk bermaustatin secara tetap -untuk pemohon berumur 45 tahun ke atas yang dibuat sebelum September 1965 perlu mempunyai asas Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris -mempunyai pengetahuan asas yang memadai bagi Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau mana – mana Bahasa ibunda yang digunakan di Sarawak -melakukan angkat sumpah taat setia kepada Negara, Yang Di Pertuan Agon, dan akan menjadi warganegara yang sebenar, setia dan jujur
0 Comments
Perolehan Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang – undang
Kelahiran sebelum Hari Malaysia Sesiapa yang lahir sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak secara automatik menjadi warganegara. Kelahiran pada atau selepas Hari Malaysia Individu yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia akan mendapat taraf kewarganegaraan secara automatik. Namun terdapat beberapa syarat yang harus dipatuhti: Bagi yang lahir di Malaysia: Ibu atau bapa merupakan warganegara Malaysia atau pemaustatin tetap. Bagi yang lahir di luar Malaysia Bapa merupakan warganegara Malaysia Bagi yang lahir di dalam kapal atau kapal terbang milik Malaysia Individu yang lahir di dalam kapal terbang di ruang udara antarabangsa atau di dalam kapal di perairan antarabangsa, kapal terbang atau kapal itu harus didaftarkan di Malaysia. Kelayakan ibu bapa daripada segi kewarganegaraan juga harus diambil kira. Perolehan Kewarganegaraan
Kewarganegaraan boleh diperolehi melalui: -kuat kuasa undang – undang -secara naturalisasi atau masukan -secara percantuman wilayah -secara pendaftaran Kewarganegaraan merupakan perkara yang termaktub dalam bahagian 7 Perkara 96-112D Perlembagaan. Rakyat Malaysia tidak boleh mempunyai dwi kerakyatan. Kebebasan Asasi
Kebebasan Asasi terdapat pada bahagian 2 Perkara 5 -13 Kebebasan Asasi merangkumi : -hak kebebasan diri -larangan pengabdian dan kerja paksa -perlindungan penguatkuasaan undang – undang terkebelakang -perlindungan perbicaraan berulang -kesamarataan di sisi undang –undang -kebebasan bergerak -hak mendapat pendidikan -hak terhadap harta Hak kebebasan diri -Seseorang warganegara mempunyai hak untuk mempertahanakan kebebasan diri daripada dilucutkan dan nyawanya diambil. Kebebasan nyawa melibatkan perlindungan dan jaminan terhadap nyawanya. Walau bagaimanapun, undang –undang berhak melucutkan kebebasan diri dan mengambil nyawa warganegaranya. Jaminan nyawa bermaksud nyawa sesorang terpelihara kecuali diambil melalui perintah mahkamah. Seseorang yang ditahan mempunyai hak – hak yang sendiri. Seseorang yang ditahan perlu mengetahui dan diberitahu sebab dia ditahan oleh pihak berkuasa seperti polis. Tanpa sebarang merit dan sebab yang kukuh seseorang yang ditahan dapat dibebaskan. Seseorang yang ditangkap perlu dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap bagi tujuan agar penyiasatan dapat dijalankan. Seseorang yang ditahan tanpa mengikut Standard of Practice (SOP) / Prosedur Operasi Standard seperti dalam undang – undang berhak memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan diri. Pihak berkuasa yang menahan seseorang perlu membenarkan individu terbabit berunding dengan peguamnya melainkan seseorang itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah – Langkah Khas 2012). Larangan Pengabdian dan Kerja Paksa Seseorang itu tidak boleh dijadikan hamba / buruh paksa. Perlindungan daripada penguatkuasaan undang – undang terkebelang Seseorang tidak boleh dihukum atas perbuatan yang tidak menjadi kesalahan sebelum sesuatu undang – undang itu dikuat kuasakan. Perlindungan daripada Perbicaraan berulang Seseorang tidak boleh dibicarakan semula di mahkamah atas kesalahan yang sama melainkan mendapat perintah untuk semakan semula terhadap keputusan terdahulu daripada Mahkamah Tinggi. Kesamarataan di sisi undang – undang -Kesamarataan ini bermaksud setiap individu tidak boleh dibezakan disebabkan oleh agama, keturunan, budaya, kaum, negeri atau tempat lahir. Setiap individu mendapat perlindungan sama rata daripada segi undang – undang. Kebebasan Beragama Islam ialah agama persekutuan di Malaysia. Hal – ehwal yang berkaitan dengan agama Islam diletakkan dibawah Yang DiPetuan Agong bagi empat buah negeri yang tidak mempunyai sultan manakala bagi negeri – negeri lain diletakkan di bawah kuasa Sultan. Walau bagaimanapun, penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka. Kebebasan Bergerak Setiap individu bebas bergerak ke mana – mana sahaja dalam negara melainkan adanya sekatan undang – undang yang diperuntukkan melalui perlembagaan. Contohnya adalah Akta Kediaman Terhad dan kemasukan orang dari semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak. Hak terhadap harta Harta yang dimiliki oleh seseorang akan dilindungi oleh undang – undang. Harta ini tidak boleh dilucutkan melainkan melalui perintah mahkamah Harta juga tidak boleh diambil tanpa pampasan yang sewajarnya. Kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Individu sentiasa bebas untuk menyatakan pandangan. Walau bagaimanapun, bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan negara dan mengelakkan individu tertentu menyalahgunakan kebebasan ini demi kepentingan peribadi semata - mata wujudnya kawalan terhadap kebebasan menyuarakan pandangan / asasi. Individu dilarang sama sekali menyoal hak, taraf, kedudukan atau keistimewaan sesama warganegara Malaysia. Akta – akta seperti Undang – undang subversif, Akta Polis 1967 dan Akta Hasutan 1948(pindaan 1971) merupakan undang – undang yang digubal di Parlimen bagi mengawal kebebasan asasi. Senarai Bersama Bidang Kuasa / Perkongsian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
-pemberian nafkah ( Sabah dan Sarawak) -kesihatan awam -penjagaan anak -pengembaraan -taman negara -perkahwinan -penternakan -perumahan -perkapalan ( Sabah dan Sarawak) -perikanan ( Sabah dan Sarawak) -biasiswa -wasiat ( Sabah dan Sarawak) -derma -perancangan bandar dan desa kecuali Wilayah Persekutuan -kebersihan dan pencegahan penyakit -pemulihan tanah perlombongan -kutu rayau dan penjaja beredar -perlindungan binatang liar -pemgambilan anak angkat ( Sabah dan Sarawak) -perparitan dan pengairan -kebudayaan dan sukan -kebajikan masyarakat -pencemaran makanan ( Sabah dan Sarawak) STPM Pengajian Am Semester 1 - Senarai Umum Bidang Kuasa Kerajaan Negeri ( Senarai Negeri)5/23/2022 Senarai Umum Bidang Kuasa Kerajaan Negeri ( Senarai Negeri)
-tanah -kerajaan tempatan -agama, adat, undang – undang orang melayu, -hari kelepasan negeri -jentera pentadbiran kerajaan negeri -kerja raya negeri dan air -penyu dan penangkapan ikan di sungai -perpustakaan, muzium, rekod purbaka dan sejarah -siasatan bagi maksud negeri -pertanian dan perhutanan -perkhidmatan tempatan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak -imigresen negeri -keratapi Sabah -pelabuhan -kastam tempatan -jabatan Ukur Tanah -undang – undang dan adat bumiputera -perbadanan dan pihak berkuasa tubuh negeri STPM Pengajian Am Semester 1 - Senarai Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan ( senarai Persekutuan)5/23/2022 Senarai Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan ( senarai Persekutuan)
-kewangan -pendidikan -pertahanan -keselamatan dalam negeri -hal –ehwal luar negara -undang –undang jenayah dan sivil -ukur -penapisan filem -penerbitan -panggung wayang dan pusat hiburan awam kecuali perlesenan -kewarganegaraan -kebajikan orang asli -pekerjaan ikhtisas -buruh dan keselamatan sosial -perkhidmatan bomba dan penyelamat -kawalan pes pertanian -pelayaran dan perikanan -perdagangan dan perusahaan -perdagangan, perniagaan dan industry -perhubungan dan pengangkutan -perumahan persekutuan -kerja raya persekutuan dan tenaga -persatuan yang tidak ditubuhkan -kesihatan dan perubatan -pelancongan -pilihan raya persekutuan -siasatan, kajian, penyelidikan, -hari kelepasan am persekutuan Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan. Ketua Negara Malaysia ialah Yang Di Pertuan Agong manakala Ketua Kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri. Di peringkat kerajaan tempatan, pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa autonomi. Kerajaan Persekutuan di Malaysia mempunyai ciri –ciri tertentu seperti: -kuasa autonomi antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. -adanya Perlembagaan Persekutuan yang melindungi bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri. -Kerajaan pusat dan kerajaan negeri tidak mengambil kuasa antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, perlembagaan menetapkan bahawa kerajaan pusat dapat melaksanakan kuasa yang lazimnya dipraktikan oleh kerajaan negeri atas tujuan: -bancian -melakukan penyelarasan -memenuhi permintaan kerajaan negeri Perlembagaan Persekutuan turut mengenalkan konsep pegasingan kuasa antara tiga jenis badan iaitu: -Badan perundangan -Badan kehakiman -Badan Eksekutif Kandungan Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual. Bahagian 1 terdiri daripada Perkara 1 – 4 yang merangkumi isu negeri, negeri, agama dan undang-undang bagi Persekutuan. Bahagian 2 terdiri daripada Perkara 5 – 13 dan merangkumi isu kebebasan asasi. Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada Perkara 14-31 yang mengandungi perkara berkaitan kewarganegaraan iaitu perolehan kewarganegaraan dan penamatan kewarganegaraan. Bahagian 4 Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada Perkara 32 – 69 yang mengandungi perkara berkaitan Persekutuan iaitu, ketua utama negara, Majlis Raja – Raja , Badan Eksekutif, Badan Perundangan Persekutuan, ,tatacara perundangan dan keupayaan berkenaaan dengan harta, kontrak dan guaman. Bahagian 5 Perlembgaan Persekutuan terdiri daripada Perkara 70-72 yang menyentuh perkara –perkara berkaitan negeri – negeri seperti keutamaan Raja dan Yang Dipertuan Negeri, jaminan persekutuan terhadap perlembagaan negeri dan keistimewaan dewan undangan. Bahagian 6 Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada Perkara 73-95E yang menyentuh isu perhubungan antara Persekutuan dengan negeri – negeri seperti pembahagian kuasa perundangan, pembahagian kuasa eksekutif, pembahagian kuasa kewangang, tanah, pembangunan negara, Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan Negeri, Majlis Negara bagi kerajaan tempatan, pemakaian bagi negeri Sabah dan Sarawak. Bahagian 7 Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada Perkara 96-112D yang merangkumi isu peruntukan kewangan seperi perkara am dan pemakaian bagi negeri Sabah dan Sarawak. Bahagian 8 Perkara 113 -120 menyentuh perkara berkaitan pilihan raya seperti pilihan raya persekutuan, pilihan raya negeri, suruhanjaya pilihan raya dan pemilihan terus ke Dewan Rakyat Bahagian 9 Perkara 121-131A adalah berkaitan dengan badan kehakiman. Bahagian 10 Perkara 132 – 148 menyentuh isu perkhidmatan awam. Bahagian 11 Perkara 149 -151 menyentuh kuasa khas menentagn perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darurat. Bahagian 12 Perkara 152 – 160B menyentuh isu am dan pelbagai Bahagian 12A Perkara 161-161H menyentuh isu perlindungan tambahan negeri Sabah dan Sarawak Bahagian 13 Perkara 162-180 memberi fokus kepada peruntukan sementara dan peralihan. Bahagian 14 Perkara 181 menyentuh isu pengecualian bagi kedaulat raja –raja dan sebagainya. Bahagian 15 Perkara 182-183 memberi fokus kepada prosiding terhadap Yang Di Pertuan Agong dan Raja –raja. Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan
Keagungan dan ketinggian perlembagaan dizahirkan sebagai keluhuran perlembagaan. Keluhuran perlembagaan bermaksud perlembagaan mengatasi Parlimen, Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ia merupakan tugas badan kehakiman untuk menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Ketertinggian perlembagaan menunjukkan bahawa tiada undang –undang lain atau institusi – institusi yang lain yang boleh mengatasi perlembagaan. Perlembagaan persekutuan tetap merupakan undang-undang tertinggi yang mejadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang –undang lain yang digubal headaklah berdasarkan Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan tidak bertentangan dengan perlambagaan. Undang – undang yang bertentangan dengan perlembagaan akan terbatal setakat mana yang bercanggah. Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk membatalkan rang undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|