Perolehan Kewarganegaraan Secara Pendaftaran
Terbahagi kepada tiga iaitu wanita, individu di bawah umur 21 tahun, individu dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu sebelum hari Merdeka ( 31 Ogos 1957) dan individu bermaustatin di Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Wanita -Masih mempunyai suami -suami seorang warganegara pada awal oktober 1962 atau -Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa: -wanita telah bermaustatin selama sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum tarikh permohonan -berniat untuk terus bermaustatin di negara ini -berkelakuan baik / bebas daripada jenayah dan mengangkat sumpah taat setia kepada negara, Yang Di Pertuan Agong dan akan menjadi warganegara yang sebenar, setia dan jujur. Individu di bawah Umur 21 Tahun -Ibu atau bapa pada masa tersebut merupakan seorang warganegara -Kerajaan Persekutuan berpuas hati individu tersebut bermastautin di negara ini -berkelakuan baik Seseorang Dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu sebelum hari Merdeka ( 31 Ogos 1957) -Lahir di mana –mana negeri sebelum 31 Ogos 1957 -dapat membuktikan telah bermaustatin di negara ini lima dari tujuh tahun sebelum permohonan -berniat untuk bermaustatin di negara ini -berpengetahuan Bahasa Melayu secara memandai -berkelakuan baik -melakukan angkat sumpah taat setia kepada negara, Yang Di Pertuan Agong dan menjadi warganegara yang sebenar, setia dan jujur. Seseorang yang bermaustatin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia iaitu pada 16 September 1963. -telah bermaustatin sebelum dan selepas Hari Malaysia -telah bermaustatin selama tujuh daripada sepuluh tahun sebelum permohonan termasuk tempoh 12 bulan sebelum tarikh permohonan -berniat untuk bermaustatin secara tetap -untuk pemohon berumur 45 tahun ke atas yang dibuat sebelum September 1965 perlu mempunyai asas Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris -mempunyai pengetahuan asas yang memadai bagi Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau mana – mana Bahasa ibunda yang digunakan di Sarawak -melakukan angkat sumpah taat setia kepada Negara, Yang Di Pertuan Agon, dan akan menjadi warganegara yang sebenar, setia dan jujur
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|