Kebebasan Asasi
Kebebasan Asasi terdapat pada bahagian 2 Perkara 5 -13 Kebebasan Asasi merangkumi : -hak kebebasan diri -larangan pengabdian dan kerja paksa -perlindungan penguatkuasaan undang – undang terkebelakang -perlindungan perbicaraan berulang -kesamarataan di sisi undang –undang -kebebasan bergerak -hak mendapat pendidikan -hak terhadap harta Hak kebebasan diri -Seseorang warganegara mempunyai hak untuk mempertahanakan kebebasan diri daripada dilucutkan dan nyawanya diambil. Kebebasan nyawa melibatkan perlindungan dan jaminan terhadap nyawanya. Walau bagaimanapun, undang –undang berhak melucutkan kebebasan diri dan mengambil nyawa warganegaranya. Jaminan nyawa bermaksud nyawa sesorang terpelihara kecuali diambil melalui perintah mahkamah. Seseorang yang ditahan mempunyai hak – hak yang sendiri. Seseorang yang ditahan perlu mengetahui dan diberitahu sebab dia ditahan oleh pihak berkuasa seperti polis. Tanpa sebarang merit dan sebab yang kukuh seseorang yang ditahan dapat dibebaskan. Seseorang yang ditangkap perlu dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap bagi tujuan agar penyiasatan dapat dijalankan. Seseorang yang ditahan tanpa mengikut Standard of Practice (SOP) / Prosedur Operasi Standard seperti dalam undang – undang berhak memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan diri. Pihak berkuasa yang menahan seseorang perlu membenarkan individu terbabit berunding dengan peguamnya melainkan seseorang itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah – Langkah Khas 2012). Larangan Pengabdian dan Kerja Paksa Seseorang itu tidak boleh dijadikan hamba / buruh paksa. Perlindungan daripada penguatkuasaan undang – undang terkebelang Seseorang tidak boleh dihukum atas perbuatan yang tidak menjadi kesalahan sebelum sesuatu undang – undang itu dikuat kuasakan. Perlindungan daripada Perbicaraan berulang Seseorang tidak boleh dibicarakan semula di mahkamah atas kesalahan yang sama melainkan mendapat perintah untuk semakan semula terhadap keputusan terdahulu daripada Mahkamah Tinggi. Kesamarataan di sisi undang – undang -Kesamarataan ini bermaksud setiap individu tidak boleh dibezakan disebabkan oleh agama, keturunan, budaya, kaum, negeri atau tempat lahir. Setiap individu mendapat perlindungan sama rata daripada segi undang – undang. Kebebasan Beragama Islam ialah agama persekutuan di Malaysia. Hal – ehwal yang berkaitan dengan agama Islam diletakkan dibawah Yang DiPetuan Agong bagi empat buah negeri yang tidak mempunyai sultan manakala bagi negeri – negeri lain diletakkan di bawah kuasa Sultan. Walau bagaimanapun, penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka. Kebebasan Bergerak Setiap individu bebas bergerak ke mana – mana sahaja dalam negara melainkan adanya sekatan undang – undang yang diperuntukkan melalui perlembagaan. Contohnya adalah Akta Kediaman Terhad dan kemasukan orang dari semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak. Hak terhadap harta Harta yang dimiliki oleh seseorang akan dilindungi oleh undang – undang. Harta ini tidak boleh dilucutkan melainkan melalui perintah mahkamah Harta juga tidak boleh diambil tanpa pampasan yang sewajarnya. Kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Individu sentiasa bebas untuk menyatakan pandangan. Walau bagaimanapun, bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan negara dan mengelakkan individu tertentu menyalahgunakan kebebasan ini demi kepentingan peribadi semata - mata wujudnya kawalan terhadap kebebasan menyuarakan pandangan / asasi. Individu dilarang sama sekali menyoal hak, taraf, kedudukan atau keistimewaan sesama warganegara Malaysia. Akta – akta seperti Undang – undang subversif, Akta Polis 1967 dan Akta Hasutan 1948(pindaan 1971) merupakan undang – undang yang digubal di Parlimen bagi mengawal kebebasan asasi.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|