Kandungan Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual. Bahagian 1 terdiri daripada Perkara 1 – 4 yang merangkumi isu negeri, negeri, agama dan undang-undang bagi Persekutuan. Bahagian 2 terdiri daripada Perkara 5 – 13 dan merangkumi isu kebebasan asasi. Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada Perkara 14-31 yang mengandungi perkara berkaitan kewarganegaraan iaitu perolehan kewarganegaraan dan penamatan kewarganegaraan. Bahagian 4 Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada Perkara 32 – 69 yang mengandungi perkara berkaitan Persekutuan iaitu, ketua utama negara, Majlis Raja – Raja , Badan Eksekutif, Badan Perundangan Persekutuan, ,tatacara perundangan dan keupayaan berkenaaan dengan harta, kontrak dan guaman. Bahagian 5 Perlembgaan Persekutuan terdiri daripada Perkara 70-72 yang menyentuh perkara –perkara berkaitan negeri – negeri seperti keutamaan Raja dan Yang Dipertuan Negeri, jaminan persekutuan terhadap perlembagaan negeri dan keistimewaan dewan undangan. Bahagian 6 Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada Perkara 73-95E yang menyentuh isu perhubungan antara Persekutuan dengan negeri – negeri seperti pembahagian kuasa perundangan, pembahagian kuasa eksekutif, pembahagian kuasa kewangang, tanah, pembangunan negara, Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan Negeri, Majlis Negara bagi kerajaan tempatan, pemakaian bagi negeri Sabah dan Sarawak. Bahagian 7 Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada Perkara 96-112D yang merangkumi isu peruntukan kewangan seperi perkara am dan pemakaian bagi negeri Sabah dan Sarawak. Bahagian 8 Perkara 113 -120 menyentuh perkara berkaitan pilihan raya seperti pilihan raya persekutuan, pilihan raya negeri, suruhanjaya pilihan raya dan pemilihan terus ke Dewan Rakyat Bahagian 9 Perkara 121-131A adalah berkaitan dengan badan kehakiman. Bahagian 10 Perkara 132 – 148 menyentuh isu perkhidmatan awam. Bahagian 11 Perkara 149 -151 menyentuh kuasa khas menentagn perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darurat. Bahagian 12 Perkara 152 – 160B menyentuh isu am dan pelbagai Bahagian 12A Perkara 161-161H menyentuh isu perlindungan tambahan negeri Sabah dan Sarawak Bahagian 13 Perkara 162-180 memberi fokus kepada peruntukan sementara dan peralihan. Bahagian 14 Perkara 181 menyentuh isu pengecualian bagi kedaulat raja –raja dan sebagainya. Bahagian 15 Perkara 182-183 memberi fokus kepada prosiding terhadap Yang Di Pertuan Agong dan Raja –raja.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|