Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan
Keagungan dan ketinggian perlembagaan dizahirkan sebagai keluhuran perlembagaan. Keluhuran perlembagaan bermaksud perlembagaan mengatasi Parlimen, Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ia merupakan tugas badan kehakiman untuk menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Ketertinggian perlembagaan menunjukkan bahawa tiada undang –undang lain atau institusi – institusi yang lain yang boleh mengatasi perlembagaan. Perlembagaan persekutuan tetap merupakan undang-undang tertinggi yang mejadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang –undang lain yang digubal headaklah berdasarkan Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan tidak bertentangan dengan perlambagaan. Undang – undang yang bertentangan dengan perlembagaan akan terbatal setakat mana yang bercanggah. Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk membatalkan rang undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|