STPM Pengajian Am Semester 1 – Undang – Undang Tidak Bertulis
Undang – Undang tidak Bertulis merupakan undang – undang yang diamalkan oleh masyarakat dan tidak digubal oleh Parlimen atau mana – mana badan perundangan dengan kuasa khas. Contoh – contoh undang – undang tidak bertulis adalah: -undang – undang adat -undang – undang Islam -undang – undang inggeris -keputusan mahkamah Undang – undang adat adalah undang – undang seperti adat perpatih atau adat temenggung yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain. Undang – undang Islam dipraktikan oleh dan kepada orang – orang muslim sahaja. Undang – undang Islam diselia dan ditadbir berdasarkan Enakmen dan Ordinan pentadbiran Agama Islam Negeri di bawah Majlis Agama Islam dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Sumber Undang –Undang Islam meliputi Al – Quran, Sunnah, ijma dan qias. Melalui Akta Undang – Undang Sivil 1956, Undang – undang Inggeris boleh diterima pakai di Malaysia untuk perkara –perkara yang tidak termaktub dalam undang – undang tempatan. Keputusan mahkamah juga boleh dikira sebagai sumber undang –undang di Malaysia.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|