Sejarah Dunia - Kedudukan Raja Dalam Masyarakat Feudal di England pada abad ke 16 dan ke 1711/30/2021 Kedudukan Raja dalam masyarakat feudal di England pada abad ke 16 dan ke 17.
Sistem pemerintahan monarki di England telah bermula sejak abad ke 16 dan ke 17. Raja mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam susun lapis masyarakat di England di mana raja mengamalkan kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Raja Henry VII sebagai contoh mengambil beberapa langkah bagi mengukuhkan kedudukannya baik daripada segi, politik, ekonomi dan perundangan. Raja Henry VII, dalam arena politik telah cuba mengurangkan kuasa parlimen dan parlimen harus mengikut segala perintah Raja Henry VII. Kuasa golongan bangsawan dan pembesar juga telah disekat dan amalan pemakaian pakaian khas oleh golongan bangsawan juga telah dimansuhkan. Dalam sektor ekonomi Raja Henry VII telah mengenakan cukai import dan eksport selain memperkenalkan tariff bagi melindungi industri tekstil dan kain kapas. Pendapatan perbendaharaan negara juga ditingkatkan. Majlis raja telah ditubuhkan oleh Raja Henry VII bagi mengawal keamanan dan keadilan. Majlis raja ini berperanan sebagai mahkamah. Walau bagaimanapun, perselishan telah berlaku antara raja iaitu Raja James I dan Raja Charles I serta Parlimen dalam pemerintahan dinasti Stuarts. Kedua –dua pihak mahu agar kedudukan masing – masing diperkukuhkan. Akhirnya parlimen memaksa Raja Charles I menandatangani Pengisytiharaan hak dengan harapan agar kuasa dan pengaruh raja disekat. Parlimen di England telah mengadakan persidangan khas pada 1628 dan membuat keputusan untuk memaksa Raja Charles I menandatangani Pengisytiharan Hak. Pengisytiharan Hak tersebut mengandungi syarat-syarat seperti pasukan tentera tidak boleh digunakan untuk kepentingan sendiri Raja England, Raja England tidak boleh menahan rakyat tanpa sebab yang munasabah dan kebenaran daripada Parlimen diperlukan bagi Raja England sebelum memungut cukai. Pemerintahan raja berperlembagaan kemudiannya diamalkan semasa pemerintahan Raja Charles II di mana kuasa raja tertakluk kepada undang – undang dan peraturan yang digubal oleh Parlimen.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|