SPTM Pengajian Am Semester 1 – Persidangan Parlimen
Persidangan Parlimen juga dikenali sebagai Majlis Parlimen. Persidangan Parlimen akan bejalan dari tarikh pertama persidangan selepas pilihan raya umum. Persidangan Parlimen dibuka secara rasmi oleh Yang Dipertuan Agong. Persidangan Parlimen akan dipengerusikan oleh Yang DiPertua Dewan ( Speaker ) atau Timbalan Yang Dipertua Dewan / timbalan Speaker juga Speaker tiada. Sebarang usaha ahli Parlimen untuk mengelirukan atau memberi fakta salah pada siding Parlimen akan menyebabkan ahli Parlimen ini dirujuk keapda Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. Setelah disabitkan kesalahan mereka boleh dihukum seperti digantung menyertai persidangan Majlis Parlimen untuk satu tempoh. Terdapat dua jenis persidangan Parlimen iaitu: -Persidangan Dewan Rakyat -Persidgangan Dewan Negara Setelah mencapai genap lima tahun, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya. 60 hari selepas parlimen terbubar merupakan tempoh masa di mana, Pilihan raya umum bagi memilih ahli – ahli Dewan Rakyat harus diadakan. 120 Hari selepas Parlimen terbubar merupakan tempoh masa untuk mengadakan persidangan Parlimen yang pertama. Pembahasan titah ucapan Yang DiPertuan Agon dan Mesyuarat Belanjawan Tahunan merupakan antara perkara yang termaktub dalam persidangan Parlimen. Titah ucapan Yang Dipertuan Agong akan memberi tumpuan pada dasar-dasar kerajaan yang bakal dilaksanakan manakala mesyuarat belanjawan akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Perkara – perkara yang menyebabkan terhentinya persidangan Parlimen adalah terbubarnya Parlimen, proklamasi darurat dan atas titah Yang DiPetuan Agong. Parlimen tidak harus dibiarkan terhenti melebihi 180 hari atau enam bulan.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|