Penamatan Kewarganegaraan
Penamatan Kewarganegaraan boleh dilakukan melalui : -penolakan -pelucutan Penolakan taraf kewarganegaraan. Individu secara sukarela boleh menolak taraf kewarganegaraan Malaysia Syarat –syarat yang diperuntukan adalah : -perlu berumur 21 tahun ke atas -perempuan yang kurang daripada 21 tahun yang telah berkahwin walau bagaimanapun boleh menolak kewarganegaraan Malaysia. -seorang yang waras -telah memperolehi kewarganegaraan asing -tidak berlaku semasa penglibatan Malaysia dalam mana –mana peperangan pada tarikh permohonan. Individu yang telah melucutkan atau melepaskan kewarganegaraan Malaysia boleh mendaftar semula kewarganegaraan sebagai warganegara Malaysia tetapi individu ini perlu mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu. Individu ini perlu memperolehi Permit Masuk dan taraf Pemastautin Tetap ( Permanent Resident) untuk melayakkannya membuat permohonan secara rasmi.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|