STPM Pengajian Am Semester 1 – Kaedah Pindaan Perlembagaan Persekutuan
Bagi Perkara – Perkara yang berkaitan dengan kewarganegaraan, hak –hak istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, kepentingan kaum – kaium lain, hak dan kedaulatan sultan / raja.bidang kuasa Raja – Raja Melayu, hal – ehwal Islam, kedudukan bahasa kebangsaan, keistimewaan Parlimen dan persempadanan antara negeri pindaan adalah melalui sokongan 2/3 daripada ahli Majlis Parlimen dan sokongan daripada Majlis Raja –Raja diperlukan. Bagi Perkara – Perkara yang berkaitan tentang hak – hak adat bumiputera, hal ehwal tanah, bidang kuasa imegresen dan kedudukan perkhidmatan negeri, sokongan 2/3 daripada ahli – ahli Majlis Parlimen dan persetujuan daripada Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak. Bagi Perkara – Perkara yang berkaitan dengan pemilihan ahli – ahli Dewan Negara, bentuk sumpah dan ikrar serta peruntukan tambahan berkaitan dengan kewarganegaraan majoriti mudah Dewan atau ahli Parlimen.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|