STPM Pengajian Am Semester 1 – Undang – Undang Bertulis Di Malaysia
Apakah yang dimaksudkan dengan undang – undang bertulis? Undang – undang bertulis merupakan undang –undang yang digubal oleh Parlimen atau badan khas yang terlibat dalam proses penggubalan undang – undang. Antara Undang – Undang Bertulis di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan, akta Parlimen, enakmen, ordinan dan Perundangan Subsidiari. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang – undang tertinggi di Malaysia yang menjadi sumber rujukan apabila undang – undang lain ingin digubal di Malaysia. Akta Parlimen merupakan undang – undang yang dibahas dan digubal di Parlimen. Undang - undang ini digubal bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Antara contoh Akta Parlimen adalah Akta Kontrak 1950. Enakmen merupakan undang – undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia seperti Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Ordinan merupakan undang – undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak seperti Ordinan Buruh Sabah Perudangan subsidiari merupakan undang – undang yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan atau menteri seperti Undang – Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|