Kepentingan Untung Kepada Perniagaan
Kebolehan menjana keuntungan merupakan perkara yang agak penting kepada perniagaan. Keuntungan melambangkan : 1) Kejayaan sesebuah perniagaan Keuntungan melambangkan tadbir urus perniagaan yang baik. 2) Sumber modal Keuntungan sesebuah perniagaan boleh menjadi sumber modal untuk mengembangkan perniagaan. Bagi syarikat, keuntungan yang dijana boleh dijadikan untung tertahan di mana untung tidak dibahagikan kepada pemegang saham tetapi digunakan untuk mengembangkan perniagaan. Pemegang saham hanya akan mendapat dividen pada jumlah yang kecil. 3) Ganjaran Pulangan keuntungan yang tinggi merupakan ganjaran kepada pemilik atau pemegang saham sesuatu perniagaan. Ganjaran ini dapat dilihat melalui pemberian dividen yang tinggi kepada pemegang saham. 4) Meningkatan Keyakinan Pelabur Keutungan yang tinggi akan memberi pulangan dividen yang banyak kepada pemegang saham. Ini akan menarik lebih ramai pelabur untuk melabur atau membeli saham sesebuah syarikat dengan harapan pulangan dividen yang tinggi. 5) Meningkatkan imej perniagaan Keuntungan yang tinggi melambangangkan tadbir urus perniagaan yang baik. Dengan itu imej perniagaan dapat ditingkatkan lagi di mata masyarakat. Pada masa yang sama lebih banyak aktiviti berbentuk tanggungjawab sosial korporat dapat dilaksanakan ke atas masyarakat . Tanggungjawab sosial korporat atau CSR ini dapat mewujudkan lagi persepsi yang baik oleh masyarakat terhadap perniagaan.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|