Keuntugan Dalam Perniagaan
Apakah itu untung? Sabri Hussin (2002) mengatakan untung sebagai penghargaan yang diterima sesebuah perniagaan ekoran pengeluaran baragan dan perkhidmatan. Untung diperolehi apabila jumlah hasil pulangan perniagaan melebihi perbelanjaan lain yang terlibat dalam perniagaan. Untung merupakan pulangan perniagaan kepada pemilik daripada aktiviti perniagaan. Definisi untung juga merangkumi baki pendapatan atau hasil yang diperoleh daripada pelbagai sumber perniagaan setelah ditolak segala perbelanjaan atau kos perniagaan. Keuntungan dapat dibahagikan kepada dua iaitu keuntungan kasar dan keuntungan bersih. Untung kasar adalah untung yang diperolehi apabila kos jualan ditolak daripada hasil jualan tanpa mengambil kira kos perniagaan. Untung kasar = jualan – kos barang dijual. Untung bersih adalah apabila untung kasar ditolak dengan semua perbelanjaan. Untung bersih =untung kasar – perbelanjaan. Kerugian adalah apabila jumlah pendapatan atau hasil daripada pelbagai sumber perniagaan adalah kurang daripada jumlah kos perniagaan. Hasil sesuatu perniagaan merangkumi: -jualan -komisen -dividen -faedah -sewa Kos sesuatu perniagaan terdiri daripada: -kos belian -gaji pekerja -kos pengangkutan -kos pentadbiran -belanja air, elektrik Setiap jenis perniagaan mempunyai jenis, kadar dan pembahagian untung yang berbeza. Perniagaan milikan tunggal akan memperolehi segala keuntugan. Pekongsi dalam perniagaan perkongsian akan mendapat agihan keuntungan mengikut nisbah keuntungan yang dipersetujui. Pemegang saham syarikat akan mendapat keuntungan dalam bentuk dividen.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|