Perniagaan
Organisasi boleh dibahagikan kepada perniagaan dan bukan perniagaan Perniagaan merujuk kepada organisasi yang melakukan aktiviti. Aktiviti ini melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dan pemblei pada sesuatu masa, harga dan kuantiti tertentu bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna dan pada masa yang sama memaksiumkan keuntungan perniagaan. Sabri Hussin (2002) telah menegaskan bahawa perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan pengeluaran dna penjualan produk yang dikehendaki pengguna dan berlandaskan motif keuntugan. Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada dua iaitu aktiviti berasaskan pengeluaran dan aktiviti berasakan perkhidmatan. Aktiviti berasakan pengeluaran adalah aktiviti yang meliputi penggunaan factor – factor pengeluaran untuk menghasilkan barang untuk dijual. Aktiviti berasakan perkhidmatan merupakan aktiviti penawaran barang tidak nyata yang memberi keselesaan, kepuasan dan kecekapan kepada pengguna. Terdapat lima konsep asas perniagaan. 1)Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan atau diberi oleh sesebuah perniagaan. 2)Keutungan perniagaan apabila hasil jualan melebihi kos. 3)Penjual dan Pembeli yang melibatkan diri dalam pasaran urus niaga. 4)Pertukaran nilai di mana peniaga menghasilkan produk dan pengguna membeli produk di pasaran. 5)Memuaskan kehedak dan keperluan pengguna melalui produk yang berkualiti yang setimpal dengan nilai yang dibayar oleh pengguna.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|