Perbezaan antara Organisasi Perniagaan dan Organisasi Bukan Perniagaan
Terdapat beberapa perbezaan antara organisasi perniagaan dan organisasi bukan perniagaan. 1) Daripada Segi matlamat / objektif penubuhan organisasi Organisasi perniagaan mempunyai matlamat untuk memaksimumkan keuntungan. Organisasi bukan perniagaan bertujuan untuk mencapai matlamat yang tidak berunsur kewangan / keuntungan semata-mata. Ia meliputi keinginan sebagai contohnya untuk menjaga kebajikan ahli – ahli sesebuah organisasi. 2) Daripada segi aktiviti sesebuah organisasi Organisasi perniagaan menjalankan aktiviti berunsur pengeluaran dan perkhidmatan. Organisasi bukan perniagaan lebih menjurus kepada aktiviti yang agak spesifik dan bergantung kepada matlamat sesebuah organisasi. Sebagai contoh, organisasi rumah kebajikan lebih tertumpu kepada menjaga kebajikan penghuninya. 3) Daripada segi pengurusan Organisasi perniagaan diuruskan oleh pemilik sesebuah organisasi manakala organisasi bukan perniagaan selalunya diuruskan melalui oleh ahli – ahli yang dipilih melalui undian demokrasi. 4) Daripada segi kewangan Organisasi perniagaan mendapat sumber kewangan daripada modal perniagaan, pinjaman wang ataupun keuntungan daripada aktiviti perniagaan. Manakala, organisasi bukan perniagaan mendapat sumber kewangan daripada kutipan yuran keahlian, penajaan pihak lain, peruntukan kerajaan atau derma daripada orang ramai. 5) Daripada segi Perundangan Organisasi Perniagaan ditubuhkan berasaskan lunas – lunas undang –undang seperti Syarikat di bawah Akta Syarikat 2016, koperasi di bawah Akta Koperasi 1995 dan perkongsian di bawah Akta Perkongsian 1961. Organisasi bukan perniagaan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2022
Categories
All
|